Digg StumbleUpon LinkedIn YouTube Flickr Facebook Twitter RSS Reset

Trulli, Kovalainen, Fairuz pemandu pasukan F1 Malaysia

KUALA LUMPUR: Jarno Trulli dari Itali dan Heikki Kovalainen dari Finland dipilih sebagai pemandu Pasukan F1 Malaysia, Lotus F1 Racing, demikian diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Fairuz Fauzy akan menjadi pemandu ketiga pasukan ini.
“Saya gembira apabila diberitahu bahawa pasukan ini telah menunjukkan perkembangan baik dalam membangunkan dan berjaya menguji kereta yang bakal digunakan.”
“Segalanya mengikut sebagaimana yang dirancang untuk memberi impak pada perlumbaan musim depan,” katanya lagi.

Sumber : Harian Metro

No comments yet.

Leave a Comment