Sumber Informasi Terkini » Anwar Ibrahim

Mendesak anwar bersumpah bermakna melanggar prinsip Maqasid Syariah
Eskay  telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam  video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia  yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut  “sumpah balas” dari Anwar Ibrahim.

Sepatutnya,  mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah  syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini  kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan  menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah  tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam  syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang  adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi  tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau  CCTV. Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan  bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama  Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi  mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas  kesalahan Qazaf.

Tindakan  menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara  yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah  yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama  mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan,  tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu  adalah satu kandungan maqasid yang keenam]

Ada  pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar  Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah.  Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap  sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan  perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru  dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini  kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan  dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan  kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap  bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas  dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan  zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum  qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia  dan banyak lagi.

Ada  pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas  itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina  yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah  SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa  yang dituduh.

????  ??? ???? ???? ? ??? ??? ??? ???? ??? ??? ???? ????? ???? : ?? ????? ??  ??? ???? ??? ????? ????? ?? ??? ?????? ???? ?? ????? : ????? ?? ??????  ???? ??? ????? ?? ??? ?? ????? ??? ??? ???? ?? ??? ??? ???? ?????? ???  ??? ??? ???? (???? ????? 86 )

Bermaksud :

“Lalu  Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui  Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan  perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah  bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali  memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada  keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua  kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah  Yusuf ayat 86)”

Perlu  diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh  Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi  ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.

Jadi,  dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini  adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan  tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Sumber

Kes Fitnah Anwar Ibrahim – Teks Penuh Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi
Terjemahan Fatwa Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi

Mengenai Kes Fitnah (liwat) Anwar Ibrahim

Soalan:

Bolehkah  Syaikh jelaskan kedudukan kes fitnah serta pertuduhan keatas sdr Anwar  Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dimana ianya  dilakukan tanpa bukti dan saksi. Apakah pandangan syara’ mengenai hal  ini?

Jawapan:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.

Segala  pujian untuk Allah, Selawat dan salam untuk Rasul Nya serta keridaan  Allah buat orang yang mengikut Sunnah dan bimbingan baginda.

Syariat  Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama,  nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam  maqasid Shariah (matlamat syara`) dimana Islam melindungi kepentingan  asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang  ramai.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam  hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman  perkara2 tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang  melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benarpun seseorang  itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan  atau digembar gemburkan tapi dilindungi demi menjaga maruah seseorang  itu.

Dalam  sebuah kisah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang menasihati  Mai’z agar datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan  katanya:

“Mengapa  tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja  engkau sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”

Quran menjelaskan dalam Surah an-Nur 24:19 -

“Sesungguhnya  orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang  beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”

Oleh  kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang  mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain.  Islam telah menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan  fitnah keatas orang lain iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan  sosial serta hukuman spiritual. Firman Allah dalam surah An-nur 24:4 -

“Orang  yang menuduh (wanita) orang Islam lain dgn tuduhan zina tapi tidak  mengemukakan empat orang saksi maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. Dan  janganlah kamu terima persaksiannya buat selama-lamanya. Dan mereka itu  orang yang fasiq”

Ulama  sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya  dengan tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa  tuduhan liwat adalah sama dengan zina.

Dalam  hal ini lumrahnya tuduhan zina ini ditujukan kepada golongan wanita.  Namun jika ada sesiapa yang menuduh oang lelaki yang berbuat demikian  maka menurut ijmak ulama ia termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman  fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral  dan sosial ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam  Abu Hanifah menegaskan bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat  namun hukuman ini tetap berlaku dan berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh  menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama pula adalah ia  dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya  tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan  memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq  atau rusak agama.

Sehubungan  dengan ini al-Quran menceritakan dengan agak terpeinci sebuah peristiwa  yang dikenal sebagai “Hadith al-Ifk” (kisah fitnah). Peristiwa yang  berlaku di Madinah ini melibatkan isteri kesayangan Rasulullah s.a.w  sendiri, anak Abu Bakar as Siddiq Khalifah pertama dan sahabat paling  rapat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah Ummul Mukminin (ibu kaum  mukminin) Aisyah r.a.. Aisyah telah dituduh secara jahat oleh orang yang  tidak bertanggungjawab yang kononnya ia telah berzina dengan seorang  sahabat yang soleh serta terkenal baik dan tidak pernah bersikap serong  serta berbuat jahat.

Cerita  palsu ini berkembang dengan cepat dari bibir ke bibir dan menjadi  perbualan ramai. Hampir sebulan lamanya perkara ini merebak di Madinah  sehinggalah Allah menurunkan ayat-ayat al-Quran membersihkan nama baik  Aisyah dari angkara fitnah ini. Ayat tersebut menyelar golongan munafiq  yang melakukan kerja jahat tersebut. Ayat ini juga menegur masyarakat  umat Islam ketika itu kerana tidak bertindak membendung fitnah yang  menular itu di peringkat awal dengan tegas.

Allah berfirman dalam surah al-Nur 24:11 -

“Sesungguhnya  orang yang membawa berita bohong (palsu) itu adalah dari kalangan kamu  juga. Janganlah kamu menganggapnya buruk bahkan sebenarnya ada kebaikan  untuk kamu. Setiap orang akan memikul dosa perbuatannya. Manakala orang  yang paling besar peranannya dalam hal ini dari kalangan mereka pasti  akan mendapat balasan azab yang paling besar pula.”

Yang  memikul dosa besar dalan hal ini adalah kepala mereka iaitu Abdullah  Bin Ubai Bin Salul, bapa kaum munafiq. Dialah yang mengheboh-hebohkan  khabar angin ini. Dialah yang menyebutkan -

“Demi Allah! Aisyah tidak selamat dari rangkulan orang itu dan orang itu pun tidak selamat dari godaan Aisyah.”

Fitnah  ini berterusan memamah nama baik Saidatina Aisyah untuk beberapa lama  hinggalah Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Nur 24:12 -

“Sepatutunya  apabila kamu mendengar cerita seperti ini, orang mukmin lelaki dan  perempuan perlu menyangka yang baik dan sopan terhadap sesama sendiri  lantas mengatakan; ini adalah pembohongan yang nyata.”

Ertinya  – sepatutnya kamu menolak fitnah itu sejak awal-awal lagi dengan  menekankan tentang dosanya dan perlunya orang berkenaan membawa dan  menampilkan 4 orang saksi. Allah menegaskan dalam ayat berikutnya juga  di surah an-Nur 24:13 -

“Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka orang orang itu adalah golongan pendusta.”

Al-Quran  mensyaratkan 4 orang saksi dalam kes yang berkaitan dengan maruah dan  kehormatan diri. Dan sememangnya Islam bersikap keras dan tegas dalam  hal yang melibatkan maruah serta nama baik orang lain. Berbeza dengan  kes berkaitan dengan harta maka Islam memada dengan dua orang lelaki  sebagai saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi.

Dalam  kes berkaitan dengan maruah seperti fitnah ini, Islam mensyaratkan  mesti dibawa empat orang saksi. Quran menjelaskan “Seandainya mereka  tidak menampilkan para saksi maka merekalah golongan pembohong”.

Al Quran menjelaskan lagi dalam ayat berikutnya (an-Nur 24:14) -

“Kalaulah  tidak kerana kurnia Allah dan rahmat Nya kepada kamu di dunia dan  akhirat nescaya kamu ditimpa azab yang besar akibat perbuatan kamu itu.”

Maksudnya  – Kerana rahmat dan kasih sayang Allah kepada kamu maka kamu tidak  digegar dan ditelan bumi ataupun di landa dengan bencana taufan dan  sebagainya sepertimana yang dialami oleh umat-umat sebelum ini.

Al Quran menegaskan lagi (al Nur 15) -

“Ketika  kamu menerima fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya  dengan pertuturan mulut kamu sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah  kamu menyangkanya perkara kecil (menyambung cerita fitnah) pada hal di  sisi Allah perkara itu adalah suatu yang amat besar.”

Al-Quran  memberikan pertunjuk yang cukup indah – Alangkah baiknya ketika mula  kamu mendengar fitnah itu, kamu mengatakan ‘tidak wajar kita  menghebahkan perkara ini… Maha suci Allah. Ini semata-mata pembohongan  yang besar”. Allah menegaskan (an-Nur 24:16-17) -

Allah  ingatkan : “Alangkah baiknya ketika kamu mula mendengar khabar angina  atau fitnah seperti itu kamu lantas berkata: Tidak wajar kita  membicarakan perkara seperti ini; maha suci engkau (Ya Allah) Ini memang  pendustaan dan pembohongan yang besar. Allah menasihatkan kamu agar  jangan sekali-kali mengulangi perbuatan seperti ini buat selama-lamanya,  seandainya kamu benar-benar orang yang beriman.

Dalam ayat berikutnya Allah berfirman (an-Nur 24:18) -

”Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat hukumnya. Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana”.

Kes  pertuduhan seperti ini adalah suatu yang serius dan besar dalam ajaran  syariat Islam; lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Perbuatan  melimparkan pertuduhan palsu seperti ini menurut Islam adalah merupakan  dosa besar dan haram hukumnya.

Umat  Islam perlu mengelak diri dari mencemarkan maruah dan nama baik orang  lain yang tidak bersalah. Kecuali jika benar benar ada bukti dan  keterangan yang sah dan nyata dengan membawa saksi-saksi yang cukup  seperti yang dikehendaki oleh syara’.

Inilah  nasihat saya kepada umat Islam di Malaysia . Mereka perlu takut kepada  Allah. Janganlah menuduh, memfitnah secara membuta tuli, merosakkan  maruah dan nama baik orang kerana menurut hawa nafsu atau menurut  dorongan politik dan golongan tertentu yang suka mendorong orang lain  melakukan kejahatan seperti itu dengan menggunakan media massa dan  sebagainya.

Kalau  tidak, mereka harus ingat bahawa pengawasan Allah terhadap kejahatan  seperti itu tidak pernah luntur atau luput. Allah mungkin membiarkan  atau memberi tempoh dan penangguhan masa untuk menjatuhkan hukuman Nya;  namun Allah tidak pernah lupa atau cuai untuk berbuat demikian bila  sampai masanya. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim 14:42 -

“Jangan kamu menyangka Allah lalai tentang apa yang dilakukan oleh golongan yang zalim itu”.

Saya  menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia lelaki dan perempuan agar  jangan mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain. Lebih-lebih lagi  terhadap orang yang memang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia dan  luhur, seorang pendakwah yang berbudi pekerti mulia di dunia Islam;  seperti sdr. Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Amat  jelas, bahawa pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan muslihat  politik serta dilakukan oleh orang-orang yang memandang ringan perbuatan  mengaibkan orang dengan tuduhan jahat seperti itu. Allah berfirman  dalam surah al-An’am 6:144 -

“Siapakah  yang lebih zalim dari orang yang melakukan pembohongan terhadap Allah  untuk menyesatkan orang ramai tanpa ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah  tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang zalim”

Saya  berdoa agar Allah mendedahkan hakikat yang sebenarnya. Saya mohon agar  Allah menangkan yang hak serta benar dan menumpaskan kebatilan yang  batil. Saya berdoa agar Allah menyatakan kebenaran sdr Anwar Ibrahim.  Agar Allah bebaskan beliau dari pertuduhan jahat ini. Biarlah Allah  dedahkan konspirasi orang-orang yang memburuk-burukkan beliau dan  menyibarkan pembohongan dan fitnah di kalangan orang ramai secara tidak  bertanggongjawab dan tidak takut melakukan dosa serta penderhakaan yang  nyata kepada Allah.

Insyaallah!  Ketahuilah bahawa kebenaran tidak akan hilang atau tumpas, justeru  Allah pasti akan memenangkan yang hak dan benar, Allah akan menumpaskan  kebatilan walaupun golongan petualang tidak suka dan benci. Allah  berfirman dalam Surah al-Isra’ 17:81 -

“Dan katakanlah: Telah tiba kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap”.

Sekian , wassalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh..

Sumber

Buku Jingga – UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!
Muat Turun Buku Jingga (Versi PDF)

Download Abridged Orange Book (PDF Version)

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita  untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur  telah gagal.

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN.  Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot  oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat  terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan  rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing  negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang  tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk  diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan  paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf  siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh  untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:

Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;

Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;

Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan

Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju  negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah  guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan  parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai  kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar  Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi  Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai  di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang  Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan  kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152  Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua  franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda  semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi  memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara  parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat,  lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini.  Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad  rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang  bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan  bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis  parah.

Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang  pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat  yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek.  Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah)  untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan  institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian  kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.

Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara  secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah  dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.

Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin  ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah  setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari  penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan  saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita.  Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi  global telah merudum.

Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri  mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat  atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan  sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.

Tindakbalas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan  keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru  yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa ‘transformasi  ekonomi’ bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan  tuntutan reformasi.

Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat  kali ganda. Amalan menunggang institusi-institusi penting negara demi  menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa.  Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari  kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari  kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit.

Malaysia perlu diubah sekarang. Perjalanannya dan masa depan rakyat  di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan  tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan  berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap.

Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara  berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan  perlu dikembalikan segera. Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan  yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan  permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita.

Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang  berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat  membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran  negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip  keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. Hasrat ini akan mekar  berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran  dan institusi-institusi penting negara.

Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan  islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela  yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan  adil di bawah Pakatan Rakyat.

Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelusuk negara.

Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Ketua Umum

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Y.B. Lim Kit Siang

Ketua Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang

Presiden

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

NEGARA DALAM KRISIS

Krisis Ekonomi

Ekonomi negara terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia  Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi,  Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea  Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran  serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi ini adalah  dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang menelan belanja  ratusan juta wang rakyat.

Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model  Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program  Transformasi Ekonomi (PTE) dan lain-lain yang sebenarnya tidak keluar  dari kebijakan ekonomi yang digunapakai selama ini.

Program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan  wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada keikhlasan untuk  melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara.

12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit.

10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%.

4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6%.

KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku.

325 bilion ringgit wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga  2010. Ini bermakna purata sumbangan PETRONAS setahun adalah 81.25  billion ringgit.

53.3% adalah kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998.

3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh  wang PETRONAS dan hutang, dari RM68 bilion (1998) kepada RM214 bilion  (2010).

Kerosakan Institusi Negara

Institusi-institusi penting negara rosak akibat dari campur tangan  penguasa. Kewibawaan badan kehakiman terhakis. Salah laku hakim-hakim  yang dibongkarkan dan diketahui umum menyebabkan rakyat dan masyarakat  antarabangsa hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman.

Malah, amalan mencampur-adukkan kepentingan politik penguasa dengan  pentadbiran negara untuk memberi kelebihan kepada parti yang berkuasa  semakin menjadi-jadi.

Jika integriti institusi-institusi penting negara tidak dipulihkan,  bahana kepada negara dan rakyat adalah berganda. Selain ketidakadilan  yang berleluasa di dalam masyarakat, sebarang usaha untuk membaiki imej  Malaysia di mata pelabur asing juga akan terus cacat dan tidak berkesan.

Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam  dalam laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum dari tahun  2007 ke 2009

Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum

Pemerintah sedia ada mengambil jalan tidak bertanggungjawab memecah  belahkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum untuk terus kekal berkuasa.  Taktik pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah ini semakin  menjadi-jadi sejak tsunami kebangkitan rakyat 2008; menggambarkan  tingkah laku penguasa yang akan menggadaikan keharmonian masyarakat  pelbagai kaum apabila semakin terdesak.

Rentetan peristiwa berbaur perkauman yang berlaku sejak Mac 2008  akibat permainan politik perkauman sempit UMNO/BN mengancam persaudaraan  rakyat pelbagai kaum.

Kegilaan menggunakan isu-isu yang mengapi-apikan perasaan curiga  antara kaum dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa  semakin menjadi-jadi mutakhir ini kerana penguasa yang terdesak.

Bebanan Rakyat

Kelesuan ekonomi dan kegagalan pentadbiran sedia ada melonjakkan  ekonomi ke prestasi lebih tinggi membawa kesan yang mendalam kepada  rakyat. Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli rakyat  berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang makin  meningkat.

2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010,  berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara  miskin).

4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun 1990 dan 2009.

40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang  berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan  paling miskin di Malaysia.

3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputra.

34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar  gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran dibawah paras kemiskinan.

62% dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan yang  ditanggung kerajaan setiap tahun adalah subsidi kepada sektor korporat  (penjana bebas, konsesi lebuhraya).

3 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba  ditarik balik UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana  bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun.

RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap  tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat yang  cuba ditarik balik.

RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia.

Hak Rakyat Dinodai

Peristiwa salah guna kuasa yang memangsakan rakyat berleluasa.  Insiden-insiden yang melibatkan remaja ditembak polis semakin meningkat  dan merangkumi mangsa dari pelbagai kaum.

Kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka juga  disekat dari pelbagai arah; baik yang melibatkan rapat umum mahupun di  laman internet. Ada ura-ura pentadbiran sedia ada mencari jalan untuk  mengetatkan kawalan mereka terhadap internet, memandangkan ia  satu-satunya jalan yang berkesan menyebarkan maklumat alternatif kepada  rakyat.

Tindakan-tindakan penguasa sebegini tidak menggambarkan niat sebuah  kerajaan yang menghormati kebebasan rakyat dan menjaga kehormatan  rakyatnya. Kekangan dari pihak berkuasa berterusan dan tidak ada  tanda-tanda akan berubah dengan sendiri.

Gejala Rasuah Berleluasa

Rasuah adalah barah utama yang menghancurkan negara dan bangsa dari  dalam. Gejala rasuah yang berakar menjadi halangan kepada usaha-usaha  untuk menyuntik dinamisme ke dalam ekonomi dan masyarakat Malaysia  keseluruhannya. Sejak sedekad lalu, rasuah juga adalah penyebab  kurangnya minat pelabur asing untuk datang ke Malaysia yang telah  merumitkan lagi usaha memulihkan ekonomi negara yang kian malap.

Rasuah berleluasa kerana dokongan pentadbiran sedia ada yang selesa  dengan golongan rentier (terutamanya dari kalangan kroni dan parti  pemerintah). Golongan rentier ini dikenali dengan pelbagai nama sebelum  ini – atas angin, Ali Baba dan sebagainya. Golongan ini adalah parasit  yang menyelewengkan sumber negara dari rakyat ke poket mereka.

Gejala rasuah akan terus meruntuhkan daya saing dan jati diri rakyat  Malaysia dalam suasana acuh tidak acuh yang ditunjukkan pentadbiran  sedia ada.

28 bilion kerugian yang ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa.

3 kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.

4.4 skor dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Negara tahun 2010,  sedangkan sasaran UMNO/BN adalah 4.9. Skor ini lebih rendah dari tahun  2009.

46% dari rakyat yang ditinjau oleh Transparency International  menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010  berbanding 2009.

Krisis Pendidikan

Kelesuan ekonomi dan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat pelbagai  kaum adalah bahana yang menimpa rakyat apabila pendidikan di negara ini  diperkotak-katikkan mengikut selera pemerintah. Selepas 50 tahun  mencapai kemerdekaan, dunia pendidikan Malaysia hilang serinya – dulu  dihormati serantau, kini hanya mengambil tempat kedudukan yang corot  dalam senarai-senarai pendidikan antarabangsa.

Sekolah-sekolah dan universiti dilihat sebagai pentas menjual  pengaruh politik walhal pendidikan rakyat adalah kaedah terbaik  menstrukturkan masyarakat dan memacu ekonomi negara demi kesejahteraan  bersama. Negara-negara yang paling makmur dan sejahtera adalah  negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan peringkat rendah,  menengah dan tertiari yang paling berkesan dan adil.

57 anak tangga dalam senarai Laporan Pembangunan Dunia UNDP 2010  mengenai kadar pembangunan insaniah di dunia, jauh ditinggalkan Korea  Selatan (12), Hong Kong (21), Singapura (27) dan Brunei (37).

68.7% sahaja rakyat Malaysia yang menamatkan pendidikan menengah  antara tahun 2001 dan 2009, berbanding Korea Selatan (96.4%), Hong Kong  (75.2%) dan Brunei (88.2%).

1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan  menengah dan tidak menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan  2009.

29.7% sahaja rakyat Malaysia yang memasuki alam pendidikan tertiari, berbanding Korea Selatan (96.1%).

KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telah mempamerkan rekod pentadbiran yang meniupkan  semangat keadilan sosial dan persaudaraan rakyat untuk menjamin  kemakmuran bersama. Prinsip asas yang dijunjung dari Dasar Bersama telah  dihadam dan dihidupkan melalui pelbagai dasar pro-rakyat yang telah  dijalankan selama ini.

Fokus utama Pakatan Rakyat dalam tempoh setahun akan datang adalah  menyemarakkan lagi pendekatan pro-rakyat atas landasan keutuhan sistem  pentadbiran yang demokratik untuk memberi peluang kepada rakyat menilai  sendiri keikhlasan dan keberkesanan Pakatan Rakyat sebagai sebuah  kerajaan.

Ini akan dilakukan melalui pengenalan langkah-langkah spesifik yang  tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat  dan akan diperjuangkan di peringkat nasional oleh pimpinan dan aktivis  Pakatan Rakyat.

Rekod pembelaan rakyat yang dicapai oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat  iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor tidak dapat  ditandingi oleh lawan. Pentadbiran Pakatan Rakyat diakui bebas rasuah,  telus, berjiwa rakyat lagi berkebajikan dan berjaya meningkatkan hasil  negeri berdasarkan laporan-laporan rasmi dari Jabatan Audit Negara dan  pemantau bebas.

Bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus dalam usaha menterjemahkan Dasar Bersama adalah seperti berikut:

Membebaskan Institusi Negara

Merakamkan pentingnya institusi-institusi penting negara yang bebas dan berintegriti, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan  telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat;  sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi  penting negara dari cengkaman campur tangan politik.

Mewujudkan Majlis Pakar-Pakar (Council of Experts) dalam isu-isu  utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan  mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani  kemelut negara dan masyarakat.

Mewujudkan Jawakatankuasa Parlimen yang memantau fungsi dan  keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan  Jawatankuasa Parlimen setiap enam bulan sekali.

Memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran  yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi  penting negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat  sivil/madani.

Istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan  kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi  penting negara dari campur tangan politik.

Kemakmuran Melalui Pengagihan Ekonomi yang Adil

Menghargai pengorbanan dan rasa perit rakyat yang tertindas dengan  kesempitan hidup akibat agihan ekonomi yang tidak adil, Pakatan Rakyat  komited untuk:

Menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada  persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah  khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat. Persoalan ekuiti 30%  yang kononnya diperjuangkan untuk Melayu/Bumiputra telah diselewengkan  untuk mengkayakan golongan elit dan pemerintah, sedangkan rakyat  terbanyak masih lagi bergelumang dalam kemiskinan. Kaedah meningkatkan  pendapatan isi rumah memberi kesan ekonomi yang langsung kepada ratusan  ribu keluarga yang masih berada di bawah garis pendapatan RM1,500  sebulan.

Menyiasat dan bertindak ke atas penyelewengan harta rakyat atas nama  menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion  saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas  nama Melayu/Bumiputra, sedangkan majoriti rakyat masih lagi berada di  dalam kategori rakyat miskin.

Meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi  sebagai kaedah mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil kepada  rakyat, termasuklah skim-skim kebajikan rakyat seperti skim air percuma,  skim warga emas, skim bantuan ibu tunggal dan lain-lain.

Mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam  bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selagi subsidi-subsidi  korporat kepada penjana bebas dan pemegang-pemegang konsesi tidak  distrukturkan terlebih dahulu.

Membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500  tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi  rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh lima tahun memerintah  di peringkat Persekutuan. Ini boleh dilaksanakan melalui beberapa dasar  bersepadu yang bertujuan mengangkat pendapatan rakyat dan menambah  peluang pekerjaan agar setiap isi rumah mempunyai lebih dari seorang  yang berpendapatan. Dasar-dasar ini termasuklah pelaksanaan gaji minima,  undang-undang majikan yang memberi ruang kepada kaum wanita  melaksanakan tugasan dari rumah, skim latihan untuk menukar dan  menaiktaraf tenaga kerja dan bantuan keusahawanan yang tidak mengamalkan  diskriminasi.

Menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak  membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun  memerintah di peringkat Persekutuan untuk mengurangkan pergantungan  kepada import makanan.

Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat

Menyedari terhakisnya kuasa beli rakyat akibat kenaikan gaji yang  tidak setara dengan kos sara hidup yang mencanak, ada keperluan mendesak  supaya pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat ditingkatkan  serta-merta. Pakatan Rakyat komited untuk:

Menstrukturkan kembali empat bidang infrastruktur dan utiliti awam  supaya kos yang kini dibayar oleh rakyat dapat dikurangkan dengan  menghentikan manipulasi monopoli untuk keuntungan berlebihan oleh  pemegang konsesi. Empat bidang infrastruktur dan utiliti awam ini adalah  bekalan air, bekalan elektrik, lebuhraya dan kemudahan jalur lebar.  Pakatan Rakyat akan memulangkan pengurusan       bidang-bidang ini  kepada rakyat melalui kaedah pengurusan yang lebih kompetitif.

Menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah  Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan  meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat.

Menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan  khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada  rakyat terbanyak.

Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang  mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat  untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang  selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.

Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan  rakyat dengan sebarang kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan pada  kadar yang segera. Setakat ini, projek perumahan terbengkalai  membabitkan 3,000 unit telah diambil alih dan sedang dipulihkan oleh  kerajaan Pakatan Rakyat.

Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan  untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan  kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan  pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim  mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Pemberdayaan Rakyat

Merakamkan peranan rakyat sebagai mekanisme timbang tara (check and  balance) yang penting untuk menjamin pentadbiran yang bersih, Pakatan  Rakyat komited untuk:

Meneruskan pemberdayaan rakyat sebagai mekanisme timbang tara dengan  mengamalkan ketelusan pentadbiran dan maklumat dengan rakyat. Ini  termasuklah dengan menyempurnakan pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat  (Freedom of Information Enactment) yang telah pun diperkenalkan di  negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Memperhebatkan sokongan kepada masyarakat sivil/madani melalui  bantuan-bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan  rakyat, sebagai langkah mengukuhkan peranan NGO menjadi suara pembela  rakyat.

Golongan Pendidik Diutamakan

Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras  pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited  untuk:

Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan  marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan  terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai  penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.

Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar  belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian  yang lebih adil kepada para pendidik mengambil kira kepakaran dan tempoh  berkhidmat.

Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di  dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang  diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk  menjamin mutu pendidikan negara.

Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk  memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk  menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran.

Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia  pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya  pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong  golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran  yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.

Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti

Mengangkat krisis kredibiliti dan mutu universiti sebagai masalah  utama negara, Pakatan Rakyat percaya bahawa penyelesaian tidak boleh  dilengahkan dan tumpuan khusus perlu diberikan kepada usaha-usaha  memartabatkan universiti. Pakatan Rakyat komited untuk:

Mengembalikan kebebasan intelek dan akademik kepada universiti,  dengan menghapuskan semua campur tangan politik dalam urusan universiti.

Mewujudkan Panel Pemilih yang terdiri daripada pakar-pakar untuk  menyenarai pendek dan menilai calon-calon pimpinan universiti supaya  calon yang terbaik diangkat mengepalai universiti, sebagai bukti  komitmen Pakatan Rakyat kepada prinsip meritokrasi akademik di  universiti.

Menyertai perjuangan mahasiswa dengan memberi sepenuh sokongan dan  bimbingan untuk menghapuskan AUKU dan menuntut hak bersuara dan  berpolitik mahasiswa.

Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka  akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa  sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan  polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam  bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.

Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.

Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan  Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan  menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi  keuntungan.

Memerangi Rasuah

Menginsafi kemusnahan yang telah dibawa oleh barah rasuah kepada masyarakat dan negara kita, Pakatan Rakyat komited untuk:

Membawa pentadbiran SPRM di bawah pertanggungjawaban Parlimen,  termasuk dalam urusan meluluskan perlantikan       jawatan-jawatan  tertinggi SPRM.

Melancarkan perang membasmi rasuah di peringkat negeri termasuk  mengemaskini prosedur dan mekanisme pentadbiran untuk mengurangkan  jurang berlakunya rasuah.

Menyediakan peguam-peguam dan pemimpin parti untuk membela individu  atau pihak yang membongkarkan skandal rasuah tidak mengira fahaman  politik, supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan memikul tanggungjawab  memerangi rasuah.

Meneruskan amalan tender terbuka yang telah dilaksanakan, termasuk  dengan memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbiran perolehan bagi  mengetatkan lagi prosedur perolehan agar bebas dari anasir rasuah.

Sabah-Sarawak Sebagai Rakan Kongsi

Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi  Persekutuan Malaysia dan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat,       Pakatan Rakyat komited untuk:

Mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.

Menaikkan royalti dari hasil petroleum dan hidrokarbon dari Sabah  dan Sarawak kepada 20% berbanding kadar 5% yang diamalkan masa kini.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Memberi tumpuan khusus membawa pembangunan infrastruktur di Sabah  dan Sarawak agar setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri  lain di dalam Persekutuan.

Meningkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan  Semenanjung melalui perkongsian kuasa yang adil dan menepati semangat  Persekutuan.

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua  aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan  prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR,  SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan  kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk  menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan  menghapuskan tol.

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada  pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana  bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula  struktur gaji bermula dengan  menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500  sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

B – Pemisahan Kuasa

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

A – Ekonomi Kemahiran Tinggi

B – Ekonomi Demokratik dan Telus

C – Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

E – Tenaga Kerja

F – Jaringan Perlindungan Sosial

G- Perumahan

H- Prasarana dan Kemudahan Awam

I- Alam Sekitar

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

A – Perpaduan dan Keadilan Sosial

B – Agama

C – Pendidikan

D – Wanita dan Institusi Keluarga

E – Golongan Muda

F – Keselamatan

G – Kesihatan

H-  Kebudayaan

4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

A – Sistem Persekutuan

B – Sabah dan Sarawak

C – Dasar Luar Negara

MUAFAKAT RAKYAT

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk  membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham  perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi  merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan  kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang  dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara  golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara  Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat  kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit.  Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur  tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan.  Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan  semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak  kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan  menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan  iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke  arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya  yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit  kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip  akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat,  kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada  Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin  keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia  menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan  dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu  dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang  mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus  menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat,  percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan  melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok  miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan  lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan  pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan  segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan  kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta  suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan  prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan  untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan  insan.  Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan  rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat  termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.  Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan  Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi  Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai  di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang  Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan  kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii.        Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan  Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua  franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda  semua kaum.

iv.        Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan  undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan  itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih  berkuatkuasa.

v.         Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

vi.        Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di  antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

B – Pemisahan Kuasa

Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan  pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan  bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan  institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara  cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin  ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

ii.         Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya  lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan  imbang.

iii.        Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti  Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak  Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada  Parlimen.

iv.        Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis  Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan  Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.

v.         Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).

vi.        Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan  kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan  di semua peringkat secara demokratik.

vii.       Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan  1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan  Internet.

viii.      Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta  menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali  dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.

ix.        Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil.  Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa  keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan  daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan.   Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan  dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

ii.         Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan  membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam  negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan  menggunakan dakwat kekal.

iii.        Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti  politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan  pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.

iv.        Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

v.         Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik  berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.

vi.        Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan  menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan  membeli undi.

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi  dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah  negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor  utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang  kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal  menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi  memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh  lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin  serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan  tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

A – Ekonomi Kemahiran Tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang  berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan  membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan  warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah  dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

Menjamin peluan pendidikan tinggi dan latihan berteraskan  ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan  pertanian.

Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta  diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti..

Menggalakkan warga neraga yang professional dan berkemahiran yang  bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan  suasana kerja yang professional dan menarik.

B – Ekonomi Demokratik dan Telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi  yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan  kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan  dan mengekang pertumbuhan mapan serta menghakis daya sain negara.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.

ii.         Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula  konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil  kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan  prasarana air.

iii         Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak  sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan  Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara  bersedia.

C –Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem  penyampaian kerajaan,  keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka  pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan  kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka  ekonomi bagi  lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi  peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang  meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan  faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos,  pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan  turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja  prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam  menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta  bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan  pemusatan pembangunan di Lembah Klang

Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta  berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri  berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi  sosio-ekonomi.

D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak  mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang.  Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah  negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.

Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.

iii.        Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

iv.        Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.

v.         Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.

vi.        Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta  jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi  kemiskinan

E- Tenaga Kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan.  Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil  serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

ii.         Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan  sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan  mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

iii.        Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.

iv.        Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan  Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang  mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.

v.         Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.

vi.        Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

vii.       Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam  sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan  mereka yang bekerja sendiri.

F – Jaringan Perlindungan Sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada  setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang  upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi  peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan  memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

ii.         Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan  sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa  kerja dan latihan semula pekerja.

Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan  memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada  masyarakat.

G – Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar  rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama  mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat  akan:

i.          Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.

ii          Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.

Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;

iv.        Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;

v.         Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.

vi.        Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor  kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu  dinikmati.

vii.       Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar  perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan  untuk mereka yang memerlukannya.

H- Prasarana dan Kemudahan Awam

Penyediaan dan penyenggaraan prasarana awam yang baik merupakan  tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan  rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam  yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh  belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.

ii.         Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji  pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam  jangka masa 7 tahun.

iii.        Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui  penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak  kerajaan dan wakil masyarakat.

iv.        Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas,  orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan  awam.

v.         Menyemak semula pemberian permit teksi kepada  syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan  persatuan mereka.

vi.        Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

I- Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk  kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim,  Pakatan Rakyat beriltizam:

i.          Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

ii.         Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

iii.        Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.

iv.        Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.

v.         Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian  antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap  karbon.

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

A – Perpaduan dan Keadilan Sosial

Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di  kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama.  Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta  muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji  membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana  kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.

Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk  menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang  telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di  Malaysia.

Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.

Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat  supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar  dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka

v.         Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.

vi.        Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra  unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka  terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di  Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini    dengan mengambil  kira sejarah dan evolusi negara ini.

vii.       Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan  minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain  mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

B – Agama

Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas  kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat  Malaysia kini hampir tergelincir

ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan  perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada  pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang  menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa  sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

i.          Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama  persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.

ii.         Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.

iii.        Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi  penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem  perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk  mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

iv.        Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul  Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan,  cekap dan memenuhi matlamat.

v.         Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

C – Pendidikan

Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang  seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan  negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem  pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada  rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem  pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada  sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil,  sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk  meningkatkan taraf pendidikan negara.

ii.         Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan  sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan  matlamat mencari kebenaran.

iii.        Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat  tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

iv.        Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi  mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik  dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan  setanding dengan negara-negara maju.

v.         Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan  lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan  dan kelulusan Majlis Senat.

vi.        Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak;

vii.       Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat  sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

viii.      Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru  dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka  sentiasa selaras dengan masa.

ix.        Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

x.         Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan  lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari  kawasan luar bandar dan pedalaman.

xi.        Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai  bahasa  termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai  bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

xii        Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

xiii       Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk  memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari  dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh  diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah(diploma berkembar).

D – Wanita Dan Institusi Keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan  penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi  wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini  kerana  wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan  mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan  yang adil dalam segala bidang.

ii.         Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga  bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang  berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

iii.        Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

iv.        Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan  anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah  serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai  polis.

v.         Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti  pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di  pejabat kerajaan dan sektor swasta.

vi.        Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

vii.       Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.

Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.

Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

E – Golongan Muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan  muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda  diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi  peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk  golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan  potensi diri.

ii.         Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan  mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau  latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran  tinggi negara.

iii.        Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh  golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan  gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas  kehidupan mereka serta hala tuju negara.

F – Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini.  Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari  ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan  pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk  menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni  menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman  dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Menjadikan polis bebas dan profesional serta  mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan  keselamatan awam

ii.         Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.

iii.        Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.

iv.        Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja  Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC  dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.

v.         Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.

vi.        Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.

vii.       Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

G – Kesihatan

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam  yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan  kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin  perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan  meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding  dengan perkhidmatan sektor swasta.

ii.         Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.

iii.        Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

iv.        Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan  kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

H- Kebudayaan

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna  daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama,  suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan  mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang  bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia  tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya  perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan  Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.

Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa  sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab  diri dan sosial mereka.

Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar  ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima  unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua  dan faham kepercayaan manapun.

4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

A – Sistem Persekutuan

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri  mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak  ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri  berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum  kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan  rakyat.

ii.         Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap  negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.

iii.        Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

B – Sabah dan Sarawak

Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan  adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan  imbangan kuasa

yang memihak kepada kerajaan pusat.at sebelah, Pakatan Rakyat  berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan  pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di  kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

i.          Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati  sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada  pendapatan petroleum mereka.

ii.         Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.

iii.        Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

iv.        Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat  kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

C – Dasar Luar Negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti  dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar  luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui  perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan  kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

i.    Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang  bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara  prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian,  pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan  nilai-nilai keadilan.

ii.   Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.

iii.  Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa  dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.

iv.  Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.

Sumber

No 2 Pemuda PKR: Buktikan angkat sumpah Eskay upacara keagamaan
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Khairul Anuar Ahmad Zainudin dari PKR mempersoalkan siasatan pihak polis di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan, berhubung insiden kekecohan ketika Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, tiga minggu lalu.

Justeru, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu mencabar siapa yang boleh mengesahkan angkat sumpah itu “Datuk T” itu sebagai upacara keagamaan.

“Pihak polis telah beritahu bahawa siasatan dibuka di bawah Seksyen 296.

“Kami telah pun memberi keterangan. Tetapi di sini, saya ingin persoalkan beberapa perkara… kalau benar siasatan ini dibuka di bawah Seksyen 296, siapa yang boleh sahkan upacara itu (angkat sumpah) sebagai upacara keagamaan?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Beliau juga memberitahu, enam soalan yang telah dikemukakan oleh pegawai penyiasat ASP Ramlan Mat Darus.

Antaranya, adakah beliau terdengar laungan tolak sumpah laknat dan adakah beliau terlibat dalam membuat kekecohan pada hari tersebut.

Khairul turut berkata beliau kecewa dengan tindakan pihak polis yang dilihat umpama ‘pengurus majlis’ pada hari angkat sumpah tersebut.

“Kalau kita lihat, ramai pihak polis pada hari tersebut. (Ia) seolah-olah pihak polis ini menjadi pengurus majlis pada hari tersebut.

“Polis sepatutnya mencari suspek simbah asid daripada menjadi alat pihak-pihak tertentu,” katanya.

Pada 12 Mei lalu, Timbalan Ketua Penerangannya, Rozan Azen Mat Rasip dipanggil polis memberi keterangan.

Khairul yang turut dikenali sebagai “Jonah” hadir di balai polis Wangsa Maju kira-kira 12.30 tengah hari ini dengan ditemani Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Mohammad Hamdi Mohd Said.

Hamdi turut disiasat hari ini.

Wujud kekecohan ketika Eskay mengangkat sumpah laknat yang mempertontonkan video seks yang si pelakunya didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, 29 April lalu.

Sumber Artikel

Liwat II: Kes prima facie, Anwar diperintah bela diri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang “berwibawa.”

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

“Saya dapati PW1 (saksi pertama pihak pendakwaan, Mohd Saiful) adalah saksi benar dan mahkamah menerima keterangannya bagi membuktikan kes terhadap tertuduh (Anwar).

“Saya dapati menerusi keterangan oleh saksi-saksi, pihak pendakwaan telah mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh, oleh itu saya memerintahkan tertuduh membela diri,” kata beliau.

Hakim berkata sekalipun Mohd Saiful terpaksa menghadapi pemeriksaan balas yang lama oleh pihak pembela hinggga hampir memalukan, di mana mereka mendakwa beliau bukan seorang Muslim yang baik, dari keluarga yang berpecah, saudara perempuannya melarikan diri mengikut kekasih, pembelot dan seorang penyokong BN.

“Dengan segala rasa hormat kepada pihak pembela, semua faktor ini tidak relevan dalam menentukan kebolehpercayaan PW1 (Mohd Saiful),” kata Zabidin ketika membaca penghakimannya itu.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.

court anwar trial 160511 police and crowd jostling as anwar exitHakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Sumber : Malaysiakini

Peguam Anwar akan rakam keterangan PM, isteri
Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan keterangan dari para saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan Liwat II, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang lainnya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini telah menyertai Umno, Mohd Ezam Mohd Nor, dan bekas atlet Datuk Mumtaz Jaafar yang dikatakan teman rapat Rosmah.

Peguam Karpal Singh berkata proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta “dan kemudiannya kami akan memutuskan sama ada akan memanggil mereka (memberi keterangan)”.

“Pendakwa mahu pasukan peguambela mendapatkan keterangan Najib di Pejabat Perdana Menteri (di Putrajaya) tetapi kami mahu tempat yang berkecuali, dan mencadangkan (kompleks mahkamah di Jalan Duta). Kami akan mendapatkan keterangan itu dalam beberapa hari ini,” katanya.

“Terdapat 25 saksi yang telah kami senaraipendekkan daripada senarai itu diberi oleh pendakwa.”

Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi.

Termasuk ‘saksi alibi’

Seorang lagi peguambela, Sankara Nair berkata, senarai yang disenaraipendek itu termasuk ‘saksi alibi yang berada di kondominium itu di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Katanya, mereka akan mengambil keterangan para saksi dan kemudian memutuskan siapa yang akan dipanggil,” kata Sankara (kanan).

Pendakwa telah menyenaraikan 73 saksi di mana 26 daripadanya telah memberi keterangan di mahkamah, termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Anwar membela diri, selepas mendapati ada kes prima facie.

Perbicaraan kes tersebut akan disambung dari 6-30 Jun.

Sumber : Malaysiakini

Anwar arah peguam lawan habis-habisan
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah membuat pra-penghakiman terhadapnya dengan memerintahkannya membela diri.

Sambil berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan

tersebut dan terus mendakwa bahawa sejak dari awal lagi, kes terhadapnya merupakan satu penganiayaan politik, Anwar berkata hakim telah melangkau melebihi mempertimbangkan fakta-fakta sama ada terdapat kes prima facie terhadapnya.

Anwar berkata, beliau diperintah membela diri tanpa fakta berkaitan dipertimbangkan dan tidak menurut peruntukan undang-undang.

“Semua bahan-bahan tuduhan itu (dianggap) menjadi fakta, boleh diterima dan melampaui keraguan munasabah. Ia seolah-olah dia mahu menghukum, telah memutuskan sabitan,” katanya.

Sambil menegaskan beliau telah mengarahkan pasukan peguambelanya supaya habis-habisan membuat pembelaan, Anwar berkata, beliau telah mengisytiharkan dirinya tidak bersalah.

Katanya, ia kerana kes itu membabitkan konspirasi politik dan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang semuanya telah dinamakan.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata hakim dan pendakwa telah dimaklumkan mengenai permohonan pihak peguambela untuk memanggil ketiga-tiga mereka sebagai saksi.

Sementara itu, pengadu itu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari

Azlan, dalam satu tweet, berkata dia bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Syukur dengan keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus doa, istiqamah dan bersabar,” katanya dalam tweetnya.

“Kes pembelaan mulai pada 6-30 Jun. Mereka akan tampilkan saksi-saksi/alibi untuk melemahkan kes pendakwaan. Semoga berjalan dengan lancar,” tulis Saiful

Sumber : malaysiakini

‘Itu bukan Anwar’, kata Wan Azizah
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan lelaki  dalam video seks yang mula tersebar dalam laman Youtube semalam adalah suaminya,  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya,  beliau yakin bahawa fitnah itu merupakan satu lagi episod untuk menghancurkan karier politik serta merendahkan martabat suaminya.

Dr Wan Azizah mengakui beliau dan keluarga sudah menonton video tersebut.

“Saya sudah lihat video awal bersama ahli keluarga. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan intim kalau bukan kami, keluarga beliau yang telah bersama  susah dan senang.

“Sosok terbabit bukan suami saya….itu bukan Anwar Ibrahim,”katanya tegas.

Turut hadir dalam sidang media terbabit  Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, anak beliau Nurul Izzah, bapa Wan Azizah Datuk Wan Ismail Wan Mahmud dan ahli parlimen Bukit Gelugor,  Karpal Singh.

Semalam klip video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang yang telah dimuat naik ke laman web YouTube telah dikeluarkan dari laman itu.

Video berdurasi 1.47 minit itu dimuat naik dalam YouTube pada Ahad dan turut disebarkan dalam laman sosial FaceBook pada Isnin.

Satu notis dikeluarkan oleh pihak YouTube pada 11.35 malam semalam berhubung pengeluaran video itu dari laman web itu dengan menyatakan ‘ia melanggar polisi berhubung kandungan video yang mempunyai aksi seksual’.

Dalam pada itu, beberapa pengarang media yang telah menonton video berdurasi 22 minit pada 21 Mac lalu mengesahkan video yang tersebar adalah sama.

Pada 25 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis pada Khamis walaupun sebelum ini berkeras enggan berbuat demikian yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka berdua adalah trio ‘Datuk T’ yang mengaku termasuk bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks terbabit pada Isnin.

Anwar yang menafikan beliau adalah lelaki di dalam klip berkenaan membuat laporan polis mendakwa ‘Datuk T mengugutnya dan isteri,  Dr Wan Azizah.

Ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega, Dr Wan Azizah mengakui ada dalam simpanannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menunjukkannya walaupun diminta berbuat demikian.

“Kenapa saya mesti tunjuk kepada anda (wartawan),” katanya yang kelihatan kurang senang apabila diasak pemberita berhubung jam tangan itu.

Sementara itu Wan Ismail pula berkata tindakan penyebaran video seks  itu  tindakan tidak bermoral.

“Tuduhan tiada asas..sedangkan ini tindakan tidak bermoral. Mereka tiada orang lain selain Anwar untuk dimalukan,”katanya yang juga merupakan bapa mertua Anwar.

Remember May 13?
Raja Petra Kamarudin

The Tunku on how “May 13″ began

From his residence in Penang, 1972:

“It  was clear to me as well as the police that in the highly charged  political atmosphere after the police were forced to kill a Chinese  political party worker on May 4th, 1969, something was bound to happen  to threaten law and order because of the resentment towards the  Government by the KL Chinese on the eve of the general election. This  was confirmed at this man’s funeral on the 9th May when the government  faced the most hostile crowd it had ever seen.

Therefore, when  the opposition parties applied for a police permit for a procession to  celebrate their success in the results of the general election, I was  adamant against it because the police were convinced that this would  lead to trouble.

I informed Tun Razak about this and he seemed to  agree. Now, without my knowledge and actually “behind my back,” there  were certain political leaders in high positions who were working to  force me to step down as a PM. I don’t want to go into details but if  they had come to me and said so I would gladly have retired gracefully.

Unfortunately,  they were apparently scheming and trying to decide on the best way to  force me to resign. The occasion came when the question of the police  permit was to be approved.

Tun Razak and Harun Idris, the MB of  the state of Selangor, now felt that permission should be given knowing  fully well that there was a likelihood of trouble. I suppose they felt  that when this happened they could then demand my resignation.

To  this day I find it very hard to believe that Razak, whom I had known  for so many years, would agree to work against me in this way. Actually,  he was in my house as I was preparing to return to Kedah and I overhead  him speaking to Harun over the phone saying that he would be willing to  approve the permit when I left. I really could not believe what I was  hearing and preferred to think it was about some other permit. In any  case, as the Deputy Prime Minister in my absence from KL, he would be  the Acting PM and would override my objection. Accordingly, when I was  in my home in Kedah, I heard over the radio that the permit had been  approved.

It seems as though the expected trouble was anticipated  and planned for by Harun and his UMNO Youth. After the humiliating  insults hurled by the non-Malays, especially the Chinese, and after the  seeming loss of Malay political power to them, they were clearly ready  for some retaliatory action. After meeting in large numbers at Harun’s  official residence in Jalan Raja Muda near Kampong Bahru and hearing  inflammatory speeches by Harun and other leaders, they prepared  themselves by tying ribbon strips on their foreheads and set out to kill  Chinese. The first hapless victims were two of them in a van opposite  Harun’s house who were innocently watching the large gathering. Little  did they know that they would be killed on the spot.

The rest is  history. I am sorry but I must end this discussion now because it really  pains me as the Father of Merdeka to have to relive those terrible  moments. I have often wondered why God made me live long enough to have  witnessed my beloved Malays and Chinese citizens killing each other.”

The REAL Story of May 13 (Part 1) http://www.freeanwar.net/jan2003/article020103.htm

The REAL Story of May 13 (Part 2) http://www.freeanwar.net/jan2003/article080103.htm

The REAL Story of May 13 (Part 3) http://www.freeanwar.net/jan2003/article170103.htm

The REAL Story of May 13 (Part 4) http://www.freeanwar.net/jan2003/article300103.htm

Article Source

SMS: Arah Anwar undur atau anak Izzah diculik
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk “ancaman serius” terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

“Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya,” tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan diculik pada 20 Oktober 2007 dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa “sesuatu yang tidak elok” akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak – Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan.

SMS penuh yang diterima berbyunyi seperti berikut:

“YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie.

“Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi.

“Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab.”

Dipercayai bermotif politik

Menurut Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai beliau pertama kali menerima ugutan itu pada 5 Mei lalu daripada individu tersebut yang mendesak bahawa “ada sesuatu perkara yang penting” untuk diberitahu kepadanya

anwar speech at mpaj 050511 01″Dia juga meminta agar saya menelefon beliau dengan segera. SMS tersebut diulang dua kali pada hari yang sama,” katanya.

Katanya, beliau amat bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan keluarganya.

Beliau menyifatkan “ancaman” tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menamatkan perjuangan politik ayahnya.

“Saya percaya kesalahan serius telah dilakukan oleh penghantar SMS ini termasuk ugutan jenayah menurut seksyen 503, konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A, dan konspirasi serta percubaan untuk melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh dan/atau menyebabkan kematian,” katanya dalam laporan polis itu lagi.

Semua peruntukkan tersebut di bawah Kanun Keseksaan.

“Ini bukan kali pertama keluarga saya diancam bermotifkan politik kerana sebelum ini ugutan fitnah video seks dan sabotaj terhadap kereta yang dipakai ayah saya pada 19 April 2011,” katanya.

Sumber Artikel