Zahrain pertahan dakwaan 16 September
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mempertahankan kenyataannya berhubung pendedahannya mengenai program 16 September oleh Pakatan Rakyat.
“Nama lapan orang tersebut adalah yang saya ingat pada waktu itu, tetapi seperti Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim nyatakan terdapat 34 orang dan mereka, termasuk kalangan tersebut.
“Mengapa Ghapur perlu membuat serangan peribadi dan ketika saya ingin mencelah dan menjelaskan hal tersebut dihalang oleh beliau,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.
Menurutnya, pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan Anwar kepadanya.
“Saya tidak membuat tuduhan atau memperkecilkan sesiapa dan jika beliau mahukan penjelasan, tanya Anwar sendiri,” katanya.
Sumber : Sinar Harina








