Digg StumbleUpon LinkedIn YouTube Flickr Facebook Twitter RSS Reset

Liverpool sah kemaraan

Raih tiket aksi penentuan Liga Europa selepas benam Rabotnicki

LIVERPOOL: Perlawanan pertama Roy Hodgson di laman sendiri berakhir dengan nada gemilang buat pengurus baru Liverpool berkenaan apabila juara lima kali Eropah itu menundukkan Rabotnicki 2-0, kelmarin untuk mara ke penentuan kancah bola sepak Liga Europa.
“Amat penting untuk menampilkan disiplin dan persembahan berkualiti, dan kami berjaya melakukannya,” kata Hodgson. “Kami gembira mara ke pusingan kedua, yang saya jangka akan lebih sengit berbanding perlawanan ini.”
Gol separuh masa pertama David Ngog dan kapten, Steven Gerrard menjelmakan kemenangan paling mudah Liverpool dalam mengatasi lawan dari Macedonia dengan kelebihan agregat 4-0.

Perlawanan terbabit berlangsung dalam suasana kelab sedang diselubungi pertukaran pemilik, dengan khabar angin bertiup kencang di Anfield mengatakan perjanjian pembelian sudah hampir mencapai persetujuan.

Pada hari bahagian pelaburan luar negara kerajaan China menafikan menaja tawaran pembelian Liverpool, tidak wujud kekeliruan di atas padang dalam menentukan siapa yang layak beraksi di pentas play-off kejohanan kelab tahap kedua Eropah itu.

Selepas merakam kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama di Skopje tujuh hari sebelumnya, ketibaan Hodgson ke Anfield tidak menampakkan tanda-tanda akan bertukar sebaliknya. Dia memastikan kemaraan dengan menamakan skuad terbaiknya untuk perlawanan berkenaan.
Jamie Carragher dan Glen Johnson disenarai dalam kesebelasan utama bersama-sama Gerrard dan pemain baru dibeli, Joe Cole, yang tampak semakin menyesuaikan diri dengan corak permainan kelab barunya. – AFP
?

No comments yet.

Leave a Comment