Digg StumbleUpon LinkedIn YouTube Flickr Facebook Twitter RSS Reset

Laporan polis terhadap kenyataan Nurul Izzah kerana dianggap jejas imej negara

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Bekas naib ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, Isnin membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dripada Parti Keadilan Rakyat yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Muhammad Zahid, yang ditemui selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, berkata Nurul Izzah telah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Baru Ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Katanya kenyataan Nurul Izzah, anak kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya pelaburan asing ke negara ini merosot teruk, adalah satu berniat jahat manakala kenyataan beliau keupayaan kapal selam negara ini boleh mengundang kecenderungan pihak luar untuk melancarkan serangan terhadap negara ini.

Di ibu pejabat polis yang sama, Pemuda MCA dan Pemuda MIC pula membuat laporan polis terhadap Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggesa kerajaan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan seperti yang dilaporkan dalam satu portal berita.

“Kami minta polis menyiasat perkara ini kerana ia berbentuk perkauman yang sekaligus boleh menjejaskan sistem pendidikan di negara ini. Kami percaya kata-kata tersebut berunsur provokatif yang menyinggung masyarakat Cina dan India di negara ini,” kata Anggota Exco Pemuda MCA Chong Sin Woon.

Sumber : BERNAMA

No comments yet.

Leave a Comment