Digg StumbleUpon LinkedIn YouTube Flickr Facebook Twitter RSS Reset

Isteri Tiger Woods akan minta cerai

LOS ANGELES: Elin Nordegren, isteri pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods, berhasrat menamatkan perkahwinan mereka dan kembali ke Sweden.

Elin sedang berbincang dengan peguam perceraian, namun hanya akan memulakan prosiding perundangan selepas Krismas demi dua anak mereka, lapor akhbar News of The World, semalam.

Tamparan terbaru kepada pemain golf dilingkari skandal itu muncul ketika salah seorang wanita simpanannya mendakwa mereka melakukan hubungan seks pada malam ayah Woods meninggal dunia.

Kelmarin, penaja utama Woods, Gillette berkata ia akan ‘mengehadkan’ peranan ahli sukan terkaya di dunia itu.

Pemain golf nombor satu itu, Jumaat lalu akhirnya mengakui curang terhadap isterinya berdepan dakwaan dia meniduri sekurang-kurangnya 11 wanita lain sepanjang lima tahun perkahwinannya.

Dalam satu kenyataan malam Jumaat lalu, beliau dikatakan membuat keputusan berundur seketika daripada menyertai kejohanan golf profesional untuk memfokuskan memulihkan perkahwinannya.

Namun pengorbanannya mungkin dianggap terlalu kecil dan sudah terlambat.

Elin, 29, dikatakan amat berang dengan pendedahan itu dan dilaporkan memberitahu suaminya: “Jangan bercakap dengan saya, bercakap dengan pakar terapi! Saya tidak mahu jumpa anda!”

Beliau kini mahu menyambut Krismas di Sweden bersama anak perempuan mereka Sam, 2, dan Charlie, 10 bulan, selain Woods, 33, dakwa laporan itu. Mereka akan menjalani perpisahan percubaan pada Tahun Baru.

“Elin akan berpura-pura sambut perayaan sekeluarga untuk anak mereka dan kemudian berpisah dengan suaminya,” kata sumber.

“Dalam jangka pendek, mereka akan berpura-pura seperti pasangan yang lain. Elin tidak akan memutuskannya serta merta.

“Beliau memerlukan masa untuk bersendirian dan perpisahan secara undang-undang akan berlaku dengan segera.”

Walaupun mereka merancang menyambut Krismas bersama, Elin dan anaknya dikatakan berpindah dari rumah pasangan itu ke rumah berhampiran kira-kira 200 meter dari Windermere, Florida.

Jumaat lalu, gambar dirakamkan menunjukkan sebuah trak berpindah meninggalkan rumah kelamin pasangan itu bersama lima atau enam kotak besar.

Elin dan anaknya mungkin berpindah secara besar-besaran merentasi dunia, ke sebuah rumah besar baru di Faglaro yang dibelinya di sebuah pulau berhampiran Stockholm. – Agensi

Sumber : Berita Harian Online

No comments yet.

Leave a Comment