Digg StumbleUpon LinkedIn YouTube Flickr Facebook Twitter RSS Reset

Ibu cekik dua anak kecil, tenggelamkan mayat bersama kereta

ORANGEBURG, South Carolina: Seorang ibu mengaku membunuh dua anak kecilnya dengan mencekik mereka sebelum menenggelamkan mayat mereka bersama keretanya ke dalam sebuah sungai.

Penganggur, Shaquan Duley mengikat kemas mayat dua anak lelakinya yang berusia 18 bulan dan dua tahun pada tempat duduk sebelum menolak kereta berkenaan ke Sungai Edisto Utara dalam usaha menghilangkan bukti perbuatannya itu.

“Beliau benar-benar berfikir bahawa tanpa kanak-kanak itu beliau boleh bebas. Saya rasa beliau bosan dengan leteran ibunya yang beliau tidak menjaga anaknya atau hanya mahu bebas,” kata Sherif Orangeburg County, Larry Williams, pada sidang media semalam.

Koroner Samuetta Marshall berkata mayat si abang mempunyai kesan lebam yang menunjukkan berlaku pergelutan.

Duley, 29, semalam didakwa kerana membunuh.

Beliau tinggal bersama kedua-dua anak lelaki itu, seorang anak perempuan berusia lima tahun dan ibunya di rumah sewa di kawasan perumahan yang ditinggalkan di Orangeburg, kira-kira 56 kilometer ke selatan Columbia, ibu negeri South Carolina.

Tanpa pekerjaan dan berpisah dengan suaminya, Duley bergantung kepada ibunya untuk sara hidup beliau dan anak-anaknya.
Mengikut laporan siasatan, selepas bertengkar dengan ibunya pada malam Ahad lalu, Duley keluar membawa kedua-dua anak kecil itu ke sebuah motel di Orangeburg yang terletak beberapa kilometer dari kediamannya.

Di sanalah beliau mencekik kedua-dua anaknya itu. – AP

No comments yet.

Leave a Comment