Digg StumbleUpon LinkedIn YouTube Flickr Facebook Twitter RSS Reset

Hatrik Messi pastikan Barca raih Piala Super

2010/08/23
BARCELONA: Tiga hatrik Lionel Messi membolehkan Barcelona menjulang Piala Super Sepanyol dengan agregat 5-3 selepas menundukkan Sevilla 4-0 semalam dalam saingan antara juara Liga dan Piala Raja Sepanyol.

Kelab Catalan itu menguasai permainan di Nou Camp sebaik saja Abdoulay Konko menjaringkan gol sendiri pada minit ke-13 ketika cuba mengeluarkan cubaan daripada Pedro.
Messi selepas itu menguasai sepenuhnya saingan dengan jaringan pada minit ke-24, 43 dan 90 hasil gerakan cantik dan memukau bagi memastikan kemenangan dan memadam memori permulaan musim hambar sebelum ini.
Aksi menarik pemain antarabangsa Argentina itu nyata membayangi pemain baru dibeli dari Valencia, David Villa, meskipun penyerang Piala Dunia Sepanyol itu membuka peluang untuk gol keempat. AFP

No comments yet.

Leave a Comment