Sumber Informasi Terkini » Tenis

Saya tak pernah fikir untuk bersara – Maria Sharapova
Ada banyak sebab untuk kembali: Sharapova

MELBOURNE: Maria Sharapova menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk menggantung raketnya ketika berdepan kecederaan bahu yang serius sehingga memaksanya berehat panjang.

Sebaliknya, Sharapova berkata seleranya untuk memburu gelaran masih tinggi.

Pemain Russia itu memenangi kejohanan tenis Terbuka Australia 2008 tetapi tidak mempertahankan gelarannya tahun lalu selepas pembedahannya gagal sembuh pada masanya.

Kecederaan itu memaksa dia berehat sehingga Mei dan sehingga kini masih gagal menemui sentuhan yang pernah meletakkannya sebagai pemain nombor satu dunia.

Walaupun mempunyai komitmen lain di luar tenis, pemain berusia 22 tahun itu berkata dia tidak pernah berfikir secara serius untuk melupakan sukan itu.

Ketika itu terlalu banyak cara untuk keluar daripada sukan ini. Ada banyak sebab untuk diberikan jika tidak mahu kembali ke gelanggang.

Tapi waktu itu, saya tidak pernah terfikir mengenainya. Sebaliknya, saya tidak sabar untuk kembali bermain lebih baik dan mampu bersaing.

Saya berusaha keras untuk kembali ke gelanggang. Sebab itu saya sentiasa berasa bertuah dan bernasib baik dapat mengharungi semua perlawanan sepanjang kerjaya saya.

Sharapova hanya beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan di Hong Kong sebagai pemanas badan sebelum kejohanan pembukaan acara Grand Slam itu yang bermula esok tetapi berkata dia tetap berpuas hati dengan prestasinya.

Dia yang diletakkan sebagi pilihan ke-14, akan membuka cabarannya menentang rakan senegara, Maria Kirilenko, lawan yang cukup dikenalinya.

Kami membesar bersama dengan bermain di kejohanan remaja, katanya.

Sumber : Berita Harian Online