Sumber Informasi Terkini » Golf

Skandal Woods dijadikan filem lucah
Knight pegang watak jaguh golf curang, Kross berlakon isteri

NEW YORK: Hanya kira-kira dua minggu selepas kisah kecurangan pemain golf terkemuka dunia Tiger Woods terbongkar, sebuah filem dewasa berjudul ‘Tiger’s Wood’ kini dalam pembikinan, lapor laman web E! Online.

Laman web berkenaan yang berjaya memperoleh skrip filem lucah itu, melaporkan filem terbabit yang menceritakan mengenai kehidupan ranjang pemain golf nombor satu dunia itu adalah satu ‘ejekan terbuka’ kepada Woods yang dianggap sebagai lelaki ‘gila seks’.

Laman web Knight pula melaporkan, filem itu yang diterbitkan oleh Adam & Eve Pictures, akan dilakonkan oleh Tyler Knight sebagai Woods dan Kayden Kross sebagai Elin Nordegren,

“Saya akan melakonkan watak Elin. Syarikat menjangka filem itu akan dapat ditayangkan dalam tempoh lapan minggu lagi,” kata Kross yang menegaskan beliau berasa amat teruja untuk berlakon dalam filem itu.

Penerbit Adam & Eve Pictures, Meredith Christopher dalam kenyataannya menyifatkan skandal seks di kalangan selebriti dan ejekan berbentuk filem lucah sebagai ‘perkara lumrah’.

“Setiap hari perkembangan baru berlaku termasuk pendedahan teman wanita terkini Woods dan ia sentiasa menarik perhatian ramai. Kami mungkin menerbitkan satu lagi filem bergantung pada apa yang akan berlaku pada masa depan,” katanya.

Penerbitan filem berunsur lucah bertujuan mengejek atau memperlekeh seseorang selebriti dianggap tradisi dalam filem dewasa.

Usaha menerbitkan ‘Tiger’s Wood’ mengingatkan peminat kepada filem ‘Who’s Nailin’ Paylin?’ yang diterbitkan ketika kempen pilihan raya presiden, lakonan Lisa Ann sebagai Sarah Palin, Jada Fire sebagai Condoleezza Rice dan Nina Hartley sebagai Hillary Clinton.

Dalam perkembangan terbaru, FoxNews.com pula melaporkan syarikat hiburan dewasa terbesar Amerika, Vivid Entertainment menawarkan AS$1 juta (RM3.54 jtua) kepada mana-mana kekasih Tiger Woods yang bersedia muncul dalam salah satu filem keluarannya.

“Tawaran kami ditujukan kepada kekasih Tiger Woods yang sanggup berlakon dalam filem kami dan menggambarkan secara terperinci apa yang dialami pemain golf itu ketika bersama mereka di ranjang. Kami yakin mereka akan mengambil peluang ini,” kata laman web itu yang memetik kenyataan pengerusi bersama dan pengasas syarikat berkenaan Steven Hirsch.

Sementara itu, di Miami, Woods mengeluarkan ucapan maaf kali kedua dengan penuh kekesalan, mengakui buat pertama kali menipu isterinya dan mengumumkan akan berundur seketika daripada sukan golf profesional untuk memperbaiki dirinya.

Beliau membuat pengumuman mengejutkan dalam tulisan terbaru laman webnya dengan mengakui curang sambil memohon maaf serta meminta keluarga, rakan dan penyokongnya memaafkan kesalahannya.

Woods sebelum ini hanya mengakui ‘pernah melanggar peraturan’ sebagai maklum balas terhadap pelbagai tuduhan media mengenai kecurangannya.

Dakwaan itu diikuti kemalangan kecil waktu pagi yang dianggap luar biasa di luar rumahnya di Florida pada 27 November lalu yang kemudian secara pantas bertukar kepada pendedahan skandal seks penuh yang menukar kehidupan dan kerjayanya yang bersih menjadi huru hara.

“Saya kini menyedari kekesalan dan kekecewaan akibat kecurangan saya terhadap ramai orang, terutama kepada isteri dan anak saya,” kata Woods.  -Agensi

Sumber : Berita Harian Online

Isteri Tiger Woods akan minta cerai
LOS ANGELES: Elin Nordegren, isteri pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods, berhasrat menamatkan perkahwinan mereka dan kembali ke Sweden.

Elin sedang berbincang dengan peguam perceraian, namun hanya akan memulakan prosiding perundangan selepas Krismas demi dua anak mereka, lapor akhbar News of The World, semalam.

Tamparan terbaru kepada pemain golf dilingkari skandal itu muncul ketika salah seorang wanita simpanannya mendakwa mereka melakukan hubungan seks pada malam ayah Woods meninggal dunia.

Kelmarin, penaja utama Woods, Gillette berkata ia akan ‘mengehadkan’ peranan ahli sukan terkaya di dunia itu.

Pemain golf nombor satu itu, Jumaat lalu akhirnya mengakui curang terhadap isterinya berdepan dakwaan dia meniduri sekurang-kurangnya 11 wanita lain sepanjang lima tahun perkahwinannya.

Dalam satu kenyataan malam Jumaat lalu, beliau dikatakan membuat keputusan berundur seketika daripada menyertai kejohanan golf profesional untuk memfokuskan memulihkan perkahwinannya.

Namun pengorbanannya mungkin dianggap terlalu kecil dan sudah terlambat.

Elin, 29, dikatakan amat berang dengan pendedahan itu dan dilaporkan memberitahu suaminya: “Jangan bercakap dengan saya, bercakap dengan pakar terapi! Saya tidak mahu jumpa anda!”

Beliau kini mahu menyambut Krismas di Sweden bersama anak perempuan mereka Sam, 2, dan Charlie, 10 bulan, selain Woods, 33, dakwa laporan itu. Mereka akan menjalani perpisahan percubaan pada Tahun Baru.

“Elin akan berpura-pura sambut perayaan sekeluarga untuk anak mereka dan kemudian berpisah dengan suaminya,” kata sumber.

“Dalam jangka pendek, mereka akan berpura-pura seperti pasangan yang lain. Elin tidak akan memutuskannya serta merta.

“Beliau memerlukan masa untuk bersendirian dan perpisahan secara undang-undang akan berlaku dengan segera.”

Walaupun mereka merancang menyambut Krismas bersama, Elin dan anaknya dikatakan berpindah dari rumah pasangan itu ke rumah berhampiran kira-kira 200 meter dari Windermere, Florida.

Jumaat lalu, gambar dirakamkan menunjukkan sebuah trak berpindah meninggalkan rumah kelamin pasangan itu bersama lima atau enam kotak besar.

Elin dan anaknya mungkin berpindah secara besar-besaran merentasi dunia, ke sebuah rumah besar baru di Faglaro yang dibelinya di sebuah pulau berhampiran Stockholm. – Agensi

Sumber : Berita Harian Online

Woods janji cerai isteri
LOS ANGELES: Tiger Woods didakwa berjanji kepada seorang kekasihnya dia akan ‘membuang’ isterinya supaya mereka dapat hidup bersama.

Jaguh golf itu dilapor berjanji demikian kepada sosialit seksi, Rachel Uchitel.

Woods menghantar e-mel bertalu-talu kepada wanita itu sebelum mengalami kemalangan yang membawa kepada pendedahan kecurangannya.

Dalam satu daripada e-mel itu, Woods berkata, dia tidak boleh hidup tanpa wanita berkenaan.

“Saya mahu anda baring di sebelah saya, baring di atas saya atau baring di mana saja yang anda mahu,” katanya.

Merujuk kepada isterinya dalam e-mel lain dia berkata: “Ia membuat saya kesal apabila memikirkan saya tersilap memilih wanita.”

Rachel, 34, yang menegaskan sebelum ini bahawa dia bukan wanita jalang, dilapor sudah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah majalah untuk mendedahkan hubungannya dengan Woods.

“Ada orang menggelar saya peruntuh rumah tangga, pisau cukur dan wanita jalang. Memang saya membuat kesilapan tetapi saya bukan seperti yang mereka dakwa.

Sementara itu, 300 mesej pesanan ringkas (SMS) dan mel suara antara jaguh golf itu dengan pelayan koktel, Jaimee Grubbs juga mula terdedah.

Dalam satu daripada SMS itu dia berjanji untuk mengadakan seks sepuas-puasnya dengan wanita berusia 24 tahun itu yang mendakwa mereka mempunyai hubungan seksual selama 31 bulan.

Dalam satu SMS lain, Woods meminta Jaimee merakamkan gambar bogelnya dan mengirimkan kepadanya.

Apabila wanita itu memberitahu dia sibuk bekerja, Woods merayu: “Pergi ke bilik air dan rakamkannya.” – Agensi

Sumber : Harian Metro

Woods ada 13 kekasih, patah gigi 'diserang' isteri
ORLANDO: Senarai wanita yang dikaitkan dengan pemain golf Tiger Woods kini bertambah kepada 13 orang, lapor majalah Us, walaupun namanya belum dinyatakan, tetapi akan didedahkan sedikit masa lagi.

Pada masa sama, satu laporan menyatakan pemain golf itu patah sebatang gigi dalam pergaduhan dengan isterinya, Elin Nordegren, selepas kecurangannya terbongkar.

Woods dilaporkan ‘ketakutan’ pada malam beliau bertengkar dengan Elin sebelum meninggalkan isterinya dan terbabit dalam kemalangan di luar kediaman di Orlando, Florida.

Sumber memberitahu Us, Elin nampak Woods menghantar pesanan ringkas kepada Rachel Uchitel, wanita pertama yang mendedahkan hubungannya dengan pemain golf itu.

“Elin bersemuka dengan Woods dan bergaduh. Dia dipercayai membaling telefon bimbit itu dan terkena mulut Woods,” kata sumber itu.

Keadaan menjadi lebih dramatik apabila majalah The Examiner menyiarkan gambar rakaman video seks membabitkan Woods dengan wanita simpananya ketujuh, Holly Sampson, pelakon filem lucah.

Uchitel pula mengadakan sesi temuramah dengan majalah OK! manakala banyak emel yang dihantar Woods kepadanya turut disiarkan semalam, sekali gus memberi isyarat hubungan mereka lebih daripada kekasih.

Wanita lain yang turut mendakwa intim dengan Woods termasuk Jaimee Grubbs yang memberi kenyataan kepada majalah Extra dan memohon maaf kepada Elin.

Sumber : Berita harian Online

Peragawati dakwa pernah adakan 'seks liar' dengan Woods
LONDON: Salah seorang wanita yang dikaitkan dengan Tiger Woods mendakwa bagaimana beliau mengadakan seks liar dengan bintang golf dari Amerika Syarikat itu, termasuk ketika berkunjung 10 kali ke rumah Woods.

Akhbar Britain, The Sun semalam melaporkan, peragawati bernama Jamie Jungers, 26, menyingkap kembali kisah bagaimana hubungannya dengan Woods mula terjalin di Las Vegas, lapan bulan selepas Woods berkahwin.

Beliau berkata, Woods merelakan hubungan itu berterusan meskipun memberitahu beliau sudah mempunyai isteri rakyat Sweden, Elin Nordegren.

“Ketika kami bersama di ranjang dia amat hebat. Ia semakin hebat ketika kami semakin kerap bertemu,” katanya.

“Semakin kerap kita bertemu, semakin banyak kami mengadakan hubungan seks,” katanya kepada akhbar tabloid itu.

Jungers mendakwa hubungan sulit itu bermula pada Jun 2005 ketika Woods memperkenalkan dirinya di sebuah hotel eksklusif – Bellagio Hotel di Las Vegas.

“Tiger dan saya kemudian memasuki bilik dan kami memulakannya. Pernah kami mengadakan hubungan seks liar lebih dua jam.

“Saya masih ingat lagi dia mengangkat saya dan menyandarkan saya dinding dan ketika itu bermula aksi liar,” katanya.

“Pernah saya bertanya bagaimana perkahwinannya kerana Tiger baru berkahwin dan adakah ia ok.

“Dia (Woods) berkata, ya, ia tiada bermasalah kerana isterinya kini bersama keluarganya di Sweden,” kata Jungers.

Bagaimanapun hubungan itu terhenti apabila kecewa melihat terlalu banyak gambar Woods bersama isteri di dalam rumah.

“Ia amat mengecewakan. Saya menggambar kalaulah isterinya tahu saya pernah bersama suaminya di dalam rumah itu, apa pula perasaanya. Jadi saya mengalah dan menamatkan hubungan lebih 18 bulan bersamanya,” katanya. – AFP

Sumber : Berita Harian Online