Sumber Informasi Terkini » Komputer

TM pastikan caj internet berpatutan
Oleh OPAT RATTANACHOT

uspetani@utusan.com.my

BALING 6 Ogos – Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan mengkaji kadar  bayaran langganan pakej jalur lebar dari semasa ke semasa bagi  memastikan perkhidmatan internet lebih murah dan mampu digunakan oleh  lebih ramai pengguna di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Halim Shafie berkata, komitmen berkenaan  dibuat sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu kadar penembusan  internet di negara ini meningkat kepada 75 peratus menjelang akhir 2015.

Bagaimanapun, katanya, TM belum bercadang menurunkan kadar langganan  jalur lebarnya ke tahap lebih rendah dalam tempoh terdekat memandangkan  ia masih kompetitif di pasaran setakat ini.

“Pakej jalur lebar Streamyx yang disediakan kita kini sudah  diturunkan kepada RM38 sebulan. Dengan bayaran ini, orang ramai sudah  mampu memiliki jalur lebar berkelajuan 384 kbps. Jika hendaklah kelajuan  lebih, mereka hanya perlu tambah sedikit bayaran.

“Begitu juga dengan pakej perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSSB), dengan kadar RM149 sebulan, ia masih berpatutan.

“Memang orang selalu membandingkan kadar kita dengan Singapura, namun  di Malaysia keadaan agak berbeza kerana kita terpaksa menyediakan kos  lebih tinggi termasuklah ke kawasan luar bandar serta pedalaman. Pun  begitu, kita beri jaminan bahawa kadarnya akan dikaji mengikut keadaan  pasaran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran  program sekolah angkat Pintar TM yang disempurnakan Pengarah Pelajaran  Kedah, Shahidan Abdul Rahman di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak, Kuala  Ketil, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Zamzamzairani  Mohd. Isa dan Pengurus Besar TM Kedah/Perlis, Pauziah Taib.

Menurut Halim, TM juga sedang menggiatkan usaha meningkatkan kadar  penembusan internet di kalangan isi rumah terutamanya di kawasan  pedalaman dengan menyediakan pakej menarik seperti Pakej Jalur Lebar TM  dengan Komputer 1Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya turut meningkatkan perkhidmatan HSSB dengan menambah perkhidmatan UniFi kepada 22 ibu sawat lagi menjelang akhir tahun ini ini.

Katanya, liputan HSBB yang diperluaskan tersebut merangkumi kawasan  perindustrian dan kediaman di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur,  Putrajaya serta Selangor.

“Kawasan industri yang terlibat ialah Kulim Hi-Tech Park (Kedah),  Bayan Baru (Pulau Pinang), Johor Bahru selain kediaman merangkumi Wangsa  Maju, Sungai Buloh, Melawati, Kepong, Cyberjaya, Putrajaya dan  Damansara.

“HSBB menjanjikan jalur lebar pada kelajuan akses rangkaian yang  lebih pantas iaitu 10Mbps berbanding kelajuan perkhidmatan Streamyx  iaitu 4Mbps,” katanya.

Katanya, selepas ini lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menikmati perkhidmatan HSSB dengan perluasan liputan perkhidmatan UniFi oleh TM, termasuk kawasan di luar Lembah Klang.

“Berdasarkan perancangan, menjelang akhir tahun ini, sebanyak 750,000 talian HSSB termasuk pass thru akan diperluaskan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, sasaran tersebut diyakini mampu dicapai memandangkan  TM setakat ini berjaya menyediakan lebih 450,000 talian HSSB di seluruh  negara.

“Projek penyediaan HSSB ini melibatkan perbelanjaan keseluruhan  RM11.3 bilion yang mana TM mengeluarkan RM8.9 bilion sementara  selebihnya adalah sumbangan daripada Kerajaan Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, Halim berkata, projek sekolah angkat Pintar TM  bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pencapaian  akademik dan penguasaan teknologi maklumat (IT) di kalangan pelajar luar  bandar di negara ini.

Katanya, bagi tahun ini, selain SK Tembak, TM telah memilih tiga lagi  sekolah iaitu SK Teriang, Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Pakan, Sarikei, Sarawak dan SMK Agama Repah, Negeri Sembilan untuk  menyertai program tersebut.

Kesemua sekolah berkenaan akan menerima sumbangan berupa peralatan  komputer dan jalur lebar serta latihan dengan kos RM200,000 sebuah untuk  tempoh tiga tahun.

Sumber : www.utusan.com.my

Cara membuang jangkitan permatainstep virus
Virus ini tidak merbahaya kepada sistem pc anda namun ianya sedikit kurang menyenangkan kepada anda semua kerana terdapat popup javascript yang akan timbul dan status – hanya kenangan di INSTEP terpapar setiap kali anda membuka pelayar internet ataupun dikenali internet browser.

1.Tekan control + alt + del

2.Klik Processes Tab dan cari wscript.exe dibawah Image Name column select dan tekan End Process Tab

3.Buka Command Prompt and taip del /a /f c:\Autorun.inf (untuk drive c:, jika komputer anda terdapat lebih partition, tukar drive letter untuk partition tersebut, contoh drive d taip “del /a /f d:\Autorun.inf” ) *anda kene lakukan keatas sume partition yang ada jika tidak virus ini tidak akan hilang

4.Taip del /a /f “c:\PERMATA INSTEP – Hman & Lee.html” (lakukan pada semua partition yang ada dengan tukar driveletter seperti dalam langkah ke-3)

5.Taip del /a /f c:\permatainstep.js (lakukan pada semua partition yang ada seperti langkah 3 dan 4)

6.Taip del /a /f c:\WINDOWS\System32\permatainstep.js

7.Taip del /a /f c:\WINDOWS\permatainstep.js

8.Taip reg delete HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run /v Muse_Virus /f

9.Taip reg delete “HKCU\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main” /v “Window Title” /f

10.Taip regedit dan tekan Ctrl+F taip permatainstep.js, jika jumpa delete, klik F3 sampai system dah tak jumpe lagi permatainstep.js

11.sekian, restart pc anda. kalau pc anda jalan kira dah selamat la tuh, tak restart pun takpa.