Sumber Informasi Terkini » Kahwin Cerai
Jejai tundukkan Fasha dengan jam mewah
KHABARNYA cinta Fasha dan Jejai bertaut kembali.
KALAU betul khabar yang dibawa hembusan angin ini, Diva turut rasa  gembira. Diva diberitahu bahawa aktres popular Fasha Sandha sudah  kembali bertaut kasih dengan bekas suami pelakon Nora Danish itu.  Dengarnya mereka sedang memperbaiki hubungan yang terputus seketika  dahulu.
Untuk menunjukkan simbol meminta maaf dan mahu berbaik semula, Jejai  menghadiahkan seutas jam mewah mahal sehingga aktres itu nampaknya  mengalah. Mungkin jenama itu kegemaran Fasha.
Agak lama juga Fasha mendiamkan diri, mungkin sibuk berlakon kerana  khabarnya sejak dilanda kontroversi tidak lama dahulu, tawaran berlakon  datang mencurah-curah.
Dalam masa yang sama, dia juga perlu mengendalikan salun yang semakin  ramai pelanggan. Diva rasa tak salah untuk mereka bertaut semula kalau  hati dah betul-betul suka.
Diva: Kagum dengan penyampai radio popular, Linda Onn yang memulakan  Jelajah Satu Malaysia dengan 200 geng motosikal berkuasa tinggi yang  bermula di Melaka semalam (14 Mei) hingga 22 Mei ini. Konvoi itu sempena  kempen banteras pembuangan bayi.
Sumber : Kosmo
Cerai: Kakak Siti Nurhaliza, RM400 Juta Tarik Perhatian
MENJADI anak seni atau golongan VVIP di negara ini ada kalanya merimaskan kerana setiap langkah akan menjadi perhatian masyarakat.
Mungkin itulah yang dirasai oleh pemilik nama Siti Norsaida Tarudin  atau lebih dikenali sebagai Saida apabila permasalahan rumah tangganya  diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia yang membaca akhbar atau melayari  Internet.
Jika dahulu, langkahnya mungkin lebih bebas kerana dia hanyalah kakak  kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza sehinggalah penyertaannya  di dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia.
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, bakatnya  dalam bidang nyanyian – walaupun sering dibandingkan dengan  adik-adiknya, Siti dan Saerah – mula diasah.
Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan perjalanan rumah tangganya yang  dibina bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Ghazali Yahya Zikri sejak  15 tahun lalu mendapat lebih ‘perhatian’ berbanding dengan bakat  seninya.
Semuanya bermula apabila wanita yang sinonim dengan sifatnya yang  pemalu itu memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah  Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2010 atas alasan tiada lagi  persafahaman antara mereka.
Setiap kali prosiding kes dijalankan, sudah pasti akan ada  cerita-cerita baru yang akan kedengaran, seperti dakwaan bahawa  permohonan tersebut difailkan kerana sikap Mohd Ghazali, 41, yang  tidak  menghormati arwah bapa Saida.
Saida, 35, pula menyifatkan sikap Mohd Ghazali yang mengongkong kerjayanya sebagai menyakitkan hati.
Bagaimanapun, sudah pastilah prosiding yang baru berlangsung pada  Rabu lalu paling panas, kerana Mohd Ghazali yang selama ini sangat  mengawal kata-katanya, ‘meluah’ rasa kecewanya di mahkamah.
Menurut lelaki itu, dia sedih dan kecewa dengan perubahan sikap  isteri yang dahulunya seorang yang lemah-lembut dan bertimbang rasa  menjadi lupa akan tanggungjawab.
Dakwanya, Saida telah keluar dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras,  dan mengabaikan anak mereka,  Siti Nurunnyssa, 14; Anas, 12; Khalid, 8,  dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.
Semuanya kerana menurut Mohd Ghazali, isterinya itu sedang sakit,  iaitu ‘sakit angau’ dengan seorang lelaki yang didakwanya bernama Hafiz  Che Man – yang didakwa Saida adalah rakan sekerjanya.
Lebih memeranjatkan apabila dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki  tersebut di dalam kereta di Balakong pada Jun tahun lalu dan apabila  ditanya, Saida memberitahu rakannya itu mahu memulangkan telefon bimbit.
Mohd Ghazali yang merupakan bekas jurutera geologi seterusnya  mendakwa, dia menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menggunakan  kata-kata seperti ‘sayang, rindu dan I Love You’ pada telefon bimbit  tersebut manakala bil pula menunjukkan mereka menghabiskan masa  berjam-jam untuk berbual.
Lelaki tersebut yang nekad tidak mahu menceraikan Saida juga  memaklumkan bahawa dia ingin membawa isterinya mengerjakan umrah – dan  cadangan itu telah diutarakan sejak mula kes didengar.
Cadangan itu dipersetujui oleh Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi yang  menasihatkan agar rancangan ke Tanah Suci itu dilaksanakan walaupun  wakil hakam kedua-dua pihak gagal mencari jalan penyelesaian dalam  permasalahan mereka.
Beliau juga menetapkan agar Mohd Ghazali dan Saida dibawa ke hadapan  wakil hakam yang dilantik oleh mahkamah, sekiranya wakil hakam pilihan  mereka gagal mencapai matlamat yang ditetapkan pada 15 Jun depan.
Perceraian RM400 juta
Minggu lalu juga menyaksikan terlerainya perkahwinan selama 19 tahun  antara anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib  Abdul Taib dengan Datin Seri Shahnaz A. Majid. Seakan kebetulan, Shahnaz  juga mempunyai seorang adik yang melibatkan diri dalam industri seni,  iaitu ratu jazz, Datuk Sheila Majid.
Perceraian itu juga pada awalnya mendapat perhatian, ekoran  dakwaan-dakwaan yang dinyatakan oleh Shahnaz, 48, apabila beliau  memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh.
Antaranya, Shahnaz mendakwa dirinya telah dikasari secara fizikal dan  tidak menerima nafkah batin sejak 11 tahun lalu selain mendakwa  suaminya gemar bersosial dan tidak berlaku adil selepas berkahwin dengan  seorang wanita Rusia.
Bagaimanapun, sebelum kes fasakh sempat didengar, mahkamah  dimaklumkan bahawa Mahmud Abu Bekir ada memfailkan permohonan untuk  bercerai secara baik di mahkamah sama.
Atas persetujuan bersama, Mahmud Abu Bekir, 48, melafazkan cerai  dengan talak satu terhadap Shahnaz pada Rabu di hadapan Ketua Hakim  Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Muhamad Abdullah.
Apa yang lebih menarik ialah nilai yang terbabit dalam perceraian itu  – RM400 juta – satu nilai yang amat jarang sekali didengar bukan sahaja  dalam tahun ini, tetapi dalam dekad ini.
Shahnaz memfailkan permohonan untuk menuntut mutaah bernilai RM100  juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian – nilai yang dianggap  berpatutan dengan status dan pendapatan Mahmud Abu Bekir.
RM100 juta itu didakwa sebagai satu jumlah yang munasabah dengan  tempoh perkahwinan dan jumlah yang adil bagi beliau untuk memulakan  kehidupan baru sesuai dengan status dan taraf yang pernah dilaluinya.
RM300 juta pula dituntut agar diisytiharkan sebagai harta sepencarian  yang meliputi harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah  beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.
Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz,  Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT,  Maserati Quartoporte, Audi, dan Alphard serta simpanan-simpanan bank.
Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham  seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata  Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras,  Celebrity Design dan Bella Magic.
Kes tersebut akan disebut pada 27 Jun depan untuk melihat sekiranya  pasangan itu dapat mencapai persetujuan dalam permohonan tersebut atau  jika tidak,  kes itu akan dibicarakan.
Isu perceraian bukanlah satu isu yang besar pada masa kini. Setiap  hari ada sahaja pasangan yang bercerai di setiap Mahkamah Rendah Syariah  di sekitar negara.
Bagaimanapun, status mereka ini selaku orang kebanyakkan menyebabkan  perihal yang menyedihkan itu hanya dikongsi oleh keluarga dan teman  rapat sahaja.
Sudah pastilah, tiada siapa yang berminat untuk membaca jika akhbar  menyiarkan ‘Joyah sah bercerai dengan Ahmad’ kerana nasib Joyah tiada  bezanya dengan wanita-wanita yang sama menunggu kes mereka dipanggil di  mahkamah.
Sumber : mstar
‘Salih Yaacob contoh terbaik’
KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob adalah contoh terbaik bagi suami yang perlu berkahwin lebih daripada seorang isteri dan berkemampuan melakukannya daripada semua sudut yang diputuskan agama.
Penceramah bebas dan perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, pendekatan digunakan suami kepada tiga isteri dan bapa 11 anak itu jelas menunjukkan dia mempunyai ilmu untuk beramal sekali gus memperlihatkan dimensi baru yang lebih positif mengenai poligami.
Bagaimanapun, katanya bukan semua suami boleh mengikut jejak Salih kerana berkahwin lebih daripada seorang isteri adalah untuk mereka yang benar-benar memahami konsepnya, bukan bagi lelaki yang hanya mahukan keseronokan dan lupa tanggungjawab.
“Poligami menjadi bagus dan seronok apabila orang yang mengamalkannya memahami matlamat dengan jelas, tetapi ramai suami berpoligami pada masa ini lebih cenderung memikirkan kehendak seksual mereka dibandingkan yang benar-benar tahu. “Apabila seseorang yang mengamalkan poligami dan mengikut pula sunnahnya, maka poligami dia akan jadi lebih kuat dan nampak sokongan daripada semua isteri, anak, malah mereka hidup dalam keadaan rukun serta aman damai seperti Salih.
“Sebelum ini orang cenderung gambarkan poligami itu suatu yang negatif, tapi sekarang apabila akhbar menghebahkan mengenai kisah Salih, ia seolah-olah memberi satu dimensi baru kepada kita memandangkan poligami akan jadi (isu) sensitif apabila disembunyi-sembunyi, tapi menjadi positif apabila dihebahkan dan diberi penerangan dalam bentuk baik. “Apapun, kita tidak mahu ia sampai mewujudkan satu fenomena dalam masyarakat apabila orang (lelaki) yang tak berkemampuan juga mahu berkahwin (amal poligami) kerana akan timbul masalah kelak,” katanya.
Beliau mengulas kisah pendekatan poligami yang diamalkan Salih bersama tiga isteri dan 11 anak, malah lelaki berusia 50 tahun itu turut bercadang melengkapkan kuota poligami tidak lama lagi dengan mengambil Emi seorang penuntut ijazah sarjana sebuah universiti tempatan sebagai isteri keempat.
Mohd Zawawi berkata, masyarakat perlu melihat berpoligami kadangkala sebagai satu rezeki, malah daripada sudut kemampuan kewangan juga beliau percaya ramai lelaki tempatan mampu, tetapi tidak ramai berani melakukannya. “Mampu saja tak cukup, perlu berani dan Allah juga memberi peluang untuk berpoligami. Saya melihat Salih diberi rezeki itu dan nampaknya dia betul-betul menghadapi (poligami) dengan telus dan ada ikatan sah. Poligami penyelesaian kepada masalah sosial termasuk zina dan kecurangan,” katanya.
Beliau juga bersetuju kisah Salih dan isterinya diberi pendedahan kerana menurutnya ia sedikit sebanyak memberi penawar kepada isteri yang sudah berpoligami, tetapi tertekan dan tidak tahu penghujung serta tiada harapan, malah tidak melihat kegembiraan.
Katanya, dengan melihat kebahagiaan dikecapi isteri Salih akan mengubat duka isteri yang tertekan sekali gus mereka akan berusaha memberi kebahagiaan dalam perkahwinan masing-masing.
Sumber Artikel : Harian Metro
Ashraf pilih Dayana
GOMBAK: Siapa sangka hubungan sebagai adik angkat kepada keluarga Lokman Abdul Hamid yang membimbingnya dalam rawatan perubatan Islam sejak dua tahun lalu, membawa jodoh buat artis Ashraf Muslim.
Hubungan akrab dengan keluarga itu membuahkan bibit cinta antara pelakon berusia 30 tahun itu dengan anak kedua Lokman, Noor Dayana, 24, yang juga pelajar Jurusan Perubatan di Universiti Mannipal, India.
Pelakon utama drama Ustaz Amirul itu selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis berkenaan di rumah keluarga Noor Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, di sini, jam 9.30 pagi semalam.
Pasangan itu kelihatan segak dan anggun apabila mengenakan busana tradisional moden berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail, manakala pelamin disediakan Azmi Othman. Cincin pertunangan disarungkan ke jari Noor Dayana oleh ibu saudara Ashraf, Fatimah Azim.
Pertukaran hantaran menyaksikan pengacara Gadis Melayu TV9 musim ketiga itu memberi lima bentuk hantaran iaitu buah-buahan, sirih junjung, bekas cincin, kek dan coklat, manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang berisi alat perapian lelaki, sirih junjung, coklat, kek, pakaian, samping dan bekas cincin.
Majlis pertunangan yang dibuat secara tertutup untuk ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak media, turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Ditanya lanjut mengenai bakal isterinya, Ashraf berkata, Dayana yang kini menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka memiliki ciri wanita idamannya, malah mereka juga berkongsi minat serupa iaitu dalam bidang perubatan.
“Ciri-ciri Dayana yang merendah diri, bertudung, solehah dan sedap mata memandang merebut hati saya. Keserasian yang ada membuatkan kami yakin untuk bersatu,’’ katanya.
Pasangan yang merahsiakan jumlah wang hantaran itu bercadang menaiki jinjang pelamin pada 1 Syawal (30 Ogos) di Masjidil Haram, Makkah.
“Kami ingin menurut sunnah nabi dan sahabat yang memilih tempat suci itu untuk berkahwin. Selepas diijab kabul saya akan buat tawaf, solat sunat dan selepas itu baru akan membatalkan air sembahyang,’’ katanya yang kurang mengambil tawaran berlakon kerana mahu menumpukan perhatian kepada pusat perubatannya.
Selepas pertunangan, Ashraf turut memperkenalkan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah yang dikongsi bersama bakal bapa mentuanya bersebelahan kediaman itu. Pusat Perubatan itu dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled berkata, mukjizat al-Quran seharusnya diterapkan pada rawatan moden kerana ia dapat mengembalikan zaman kegemilangan Ibnu Sina. Doktor dan cendikiawan Islam itu menggunakan ayat al-Quran dalam kaedah rawatan moden.
Pusat perubatan berkenaan yang ditubuhkan pada 2000 memberi perkhidmatan perubatan melalui rangkaian ayat al-Quran untuk merawat pelbagai penyakit fizikal, rohani dan akhlak.
Kini ia mempunyai cawangan di sembilan lokasi iaitu Kuala Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Langkawi dan Singapura.
Sumber : Harian Metro
Mizz Nina & Noh Sah Bertunang
PETALING JAYA: Pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman sah bertunang pada 6 November lalu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, majlis pertunangan tersebut diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.
“Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor.
“Tidak sampai 150 orang tetamu yang hadir kerana hanya keluarga rapat sahaja yang dijemput.
Noh Salleh
“Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perbincangan yang dibuat antara kedua-dua belah pihak.
“Cuma mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan,” kata sumber itu kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambahnya, Mizz Nina dan Noh akan mengumumkan pertunangan mereka pada sebuah sidang media khas yang akan berlangsung pada 16 November ini di restoran Sri Melayu.
Mereka akan menjelaskan segala persoalan yang berbangkit berkenaan dengan hubungan mereka itu.
Mizz Nina dan Noh dikatakan mula bercinta ketika mereka bekerjasama dalam projek album penyanyi wanita itu, What Are You Waiting For.
Dalam album tersebut mereka turut berduet menerusi lagu Kurnia yang kini sedang hangat dimainkan di stesen-stesen radio.
-mStar Online
Kahwin 2011: Fasha mengaku Jejai istimewa
KUALA LUMPUR: “Kami sudah menetapkan tempoh akan berkahwin dalam masa kurang daripada setahun. Kami sendiri tidak mahu berkawan terlalu lama, tapi jika tidak ada jodoh tidak boleh buat apa,” kata pelakon Fasha Sandha mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Fasha yang ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di Restoran Bora Ombak, di sini, semalam berkata buat masa ini dia dan Jejai masih berkawan dan sentiasa menghormati antara satu sama lain. “Saya tidak mahu memikirkan perkara berat buat masa ini. Memang kami menjalinkan perhubungan sebagai seorang kawan. Saya selesa dengan keadaan ini. Dia cukup istimewa buat saya,” katanya yang kini popular dengan drama bersiri Chinta di TV3.
Majlis ringkas dan meriah dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut menyaksikan kemunculan Jejai seawal jam 5 petang berpakaian ringkas kemeja dan berseluar jeans duduk di satu meja khas untuk tetamu.
Mengulas kehadiran Jejai di majlis itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memberitahu, kekasihnya itu hadir kerana menerima jemputan daripadanya. “Sebelum ini Jejai pernah datang beraya di rumah. Begitupun ini kali pertama dia memberi sokongan dan menghadiri majlis seperti ini,” kata Fasha yang memaklumkan Jejai kurang gemar gambarnya dirakam media.
Usaha mendapat kenyataan Jejai mengenai Fasha tidak kesampaian kerana menghormati permintaannya mahu menjaga status sebagai usahawan dan nama baik keluarga. Begitupun, Jejai sempat bergambar di samping Fasha sebelum beredar pulang daripada majlis itu.
-Harian Metro
Jimmy nikah semalam
KUALA LUMPUR: “Perasaan berdebar menyebabkan saya terpaksa melafazkan akad nikah sehingga tiga kali. Saya fikir tak perlu menggunakan pembesar suara. Bila tengok pembesar suara, saya jadi gemuruh dan gugup.”
Demikian kata pengacara program Akademi Fantasia 8 (AF8) dan Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 30, yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 24, di rumah Suhaila di Sunway Rahman Putra, Sungai Buluh, dekat sini semalam.
Jimmy berkata, dia juga agak keletihan kerana pada malam kelmarin dia hanya tidur jam 4 pagi kerana memikirkan pelbagai perkara mengenai majlis perkahwinannya. “Jam 2 pagi saya masih lagi sibuk menghantar kad jemputan untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) esok (hari ini), ” katanya.
Sebelum akad nikah berlangsung, rombongan pengantin lelaki seramai 50 orang ini membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan. Selepas tiga kali lafaz, pada jam 4.40 petang, Jimmy sah bergelar suami kepada anak usahawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kasim ini.
Majlis akad nikah disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah dan Jurunikah Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara, Ustaz Mustaffa Kamal Abu Bakar bersama dua saksi, Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.
Turut menyaksikan acara itu ialah ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pasangan ini termasuk ayah dan ibu pengantin perempuan, Datuk Suhaimy Othman dan Datin Muniroh Kassim. Ibunya dilihat menitiskan air mata selepas anaknya selamat bergelar isteri kepada Jimmy.
Sebelum akad nikah berlangsung, majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al Quran oleh peserta Imam Muda, Adib. Suhaila menerima mas kahwin dan hantaran RM31, 186.00 mengambil sempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986 dan cincin pusaka peninggalan arwah ibu Jimmy. Majlis resepsi dan persandingan mereka akan berlangsung di Grand Ballroom, KLCC jam 8 malam ini.
-Harian Metro
'Depan cakap lain'
KUALA LUMPUR: “Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.
“Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula,” tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, dia terpaksa mendedahkannya di akhbar kerana tiada jalan lain lagi menuntut segala yang menjadi haknya daripada bekas suami, Norman Hakim atau pemilik nama sebenar, Mohamed Nor Hakim Zaidon, 34.
“Saya sudah sampai pada satu tahap tiada cara lagi untuk mendapatkan hak saya semula. Saya juga sudah lama beri ruang kepadanya untuk menyelesaikan apa yang tertunggak selepas dua tahun kami bercerai.
“Sudah ratusan kali saya cakap dengannya tapi dia buat tak tahu saja. Mungkin ada yang mempertikaikan saya macam seronok hendak bercerita keaiban bekas suami tapi saya tak ada cara lain. Dia selalu cakap tak serupa bikin. Dengan saya dia cakap lain tapi dalam akhbar dia kata lain. “Kenapa dia suka meletakkan kesalahan dirinya pada orang lain. Selama ini saya minta dengan baik kenapa dia tidak memberi maklum balas. Kenapa apabila sudah tersiar dalam akhbar baru hendak bagi respons,” katanya.
Tambah Abby dalam nada kecewa, dia agak ralat dengan kenyataan Norman yang disiarkan akhbar ini kelmarin. “Dia sendiri buka pekung di dada. Duit hantaran dan duit kenduri kahwin dua cerita berbeza. Dia juga sebut perbelanjaan anak. Saya tak kata dia tidak beri belanja anak langsung tapi dia bagi bila dia rasa perlu.
“Apabila kami bercerai, yang terputus hubungan suami isteri tapi tanggungjawabnya terhadap anak-anak masih seperti biasa. Saya memang mampu menyara tiga anak tapi sebagai bapa dia tak boleh lepas tangan. “Dari satu segi memang tidak elok bercakap pasal keaiban orang tapi saya kena selalu beri amaran padanya. Saya nampak dia semakin berubah setahun sebelum kami bercerai dan perangainya yang sebenar terus terserlah. “Apa yang saya boleh cakap, apa yang saya dedahkan dalam akhbar ini benar. Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa tetapi dalam telefon, dia cakap dengan saya lain, dia beritahu pada media lain. Saya penat hendak melayan caranya yang kononnya berdiplomasi dan berhemah itu,” katanya.
-Harian Metro
Bertunang bukan sebab khalwat
BABAK percintaan antara Norman Hakim dan Memey tidak bermula seperti pasangan lain. Menempuh pelbagai insiden kurang manis daripada dakwaan berkhalwat sehingga episod perceraian Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi, mereka akhirnya ditunangkan.
Soal sama ada mereka akan bertunang atau berkahwin sebenarnya sudah lama menjadi pertanyaan apabila hubungan cinta mereka disahkan secara umum sekitar awal tahun ini.
Namun, hanya pada 30 Ogos lalu, Norman dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 22, mengumumkan bahawa mereka akan mengikat tali pertunangan yang sudah pun selesai berlangsung pada 13 September lalu.
Ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 30 Oktober 2008 serta perbicaraan kes mereka di Mahkamah Syariah yang masih berjalan dikatakan sebagai ‘punca’ pertunangan itu.
SELEPAS pelbagai spekulasi mengenai pertunangan mereka, akhirnya Norman dan Memey disatukan pada 13 September lalu.
Namun, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 34, menafikan pandangan tersebut. Ketabahan Memey sepanjang perbicaraan serta kecekalan tunangnya itu berdepan dengan tohmahan masyarakat yang membuatkan aktor itu jatuh hati.
“Sebenarnya kami saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu. Namun, keserasian antara kami hanya timbul apabila bersama-sama melalui detik sukar sepanjang perbicaraan di mahkamah.
“Pertunangan kami hari ini bukanlah atas faktor kes di mahkamah tetapi keserasian telah menjodohkan kami. Saya sayang Memey dan pertemuan kami ada hikmahnya memandangkan keluarga kami berdua berasal dari tempat yang sama iaitu Kukup, Pontian, Johor,” ujar Norman selepas selesai majlis tersebut.
Norman yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas mahu Memey merasai sendiri adat pertunangan masyarakat Melayu yang bermula dengan proses merisik, menyerahkan hantaran, menyarungkan cincin dan seterusnya berbincang mengenai ketetapan perkahwinan mereka walaupun persediaan majlis itu dibuat dalam masa singkat.
“Sejujurnya, saya hanya nekad dengan keputusan bertunang kira-kira dua minggu lalu selepas perbincangan antara kedua-dua belah keluarga mencapai kata sepakat dan direstui. Lagipun majlis ini dilakukan secara sederhana. Jadi masa dua minggu itu sudah mencukupi untuk melakukan persediaan,” jelas Memey.
Tidak seperti Norman, Memey yang bertunang buat kali pertama berasa berdebar apabila tarikh pertunangannya semakin dekat.
“Saya sendiri terkejut apabila Norman meluahkan hasrat untuk meminang saya pada hari raya keempat. Penantian tarikh itu membuatkan saya teruja. Semakin dekat dengan tarikh itu, hati saya semakin berdebar,” tambah Memey.
MEMEY kelihatan ceria di samping hantaran Norman.
Majlis sederhana itu berlangsung di kediaman keluarga Memey yang terletak di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Sebanyak 13 buah kenderaan bersama hampir seratus orang ahli keluarga Norman dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru mengiringi rombongan meminang yang diketuai bapa saudaranya, Mejar (B) Ismail Kamat.
Rombongan mereka tiba pada pukul 4.30 petang. Selain cincin sebagai memenuhi tuntutan adat Melayu semasa pertunangan, rombongan Norman turut membawa lima dulang hantaran berupai makanan, tepak sirih, kek dan pakaian. Manakala Memey membalas sebanyak tujuh dulang hantaran yang hampir serupa barangannya.
Sesi melamar diadakan kira-kira setengah jam yang menyaksikan Norman diwakili bapa saudaranya dan bakal mempelai perempuan itu diwakili oleh datuknya, Sarwani Saim.
Sungguhpun perbincangan telah dilakukan tetapi kata putus mengenai tarikh dan jumlah hantaran perkahwinan bakal suami isteri itu hanya akan ditentukan kemudian. Sekiranya tiada aral melintang, mereka dijangka diijab kabul pada awal tahun depan.
Gerbang perkahwinan
Memey pada majlis itu kelihatan menawan dengan memakai busana putih rekaan Ezuwan Ismail dan Norman yang hadir berbaju kemeja putih, bersongkok dengan berseluar jean kelihatan ceria apabila diminta pihak media bergambar.
Keceriaan yang terpancar di wajah Memey dan Norman jelas membayangkan mereka kini sudah bersedia untuk menuju gerbang perkahwinan.
“Saya lega dan gembira kerana semuanya sudah selamat dan kini kami dalam persediaan untuk melangkah ke alam baru bergelar suami isteri.
“Insya-Allah, saya akan menempuh kehidupan bahagia bersama Memey yang memahami situasi saya dan anak-anak. Itulah yang membuatkan saya terpikat padanya yang juga merupakan keistimewaan Memey.
SEPAKAT. Wakil keluarga Norman dan Memey bersetuju untuk menikahkan mereka pada tahun hadapan.
“Dia seorang yang tabah dan pandai mengambil hati. Apa yang penting kedua-dua belah keluarga merestui hubungan kami. Saya yakin saya boleh hidup bahagia dengannya,” kata Norman sambil menjeling manja ke arah Memey yang tersenyum malu.
-Kosmo Online
Nikah awal tahun depan
SUDAH lama tidak melihat lirikan senyuman Norman Hakim yang bersungguh-sungguh.
Cahaya kebahagiaan terpancar pada wajah aktor kacak itu apabila berada di sisi bakal tunangannya, Memey Suhaiza.
Muncul sedondon dengan busana berona fuschia pada majlis berbuka puasa  di Hotel Istana, Kuala Lumpur, petang kelmarin, pasangan merpati sejoli  itu seakan tahu pihak media mahu mendapatkan kepastian selanjutnya  mengenai majlis penting mereka pada awal Syawal nanti.
Selepas berbuka, Norman, 34, dan Memey, 22,  terus ditarik ke satu  sudut oleh wartawan lalu bercerita mengenai status hubungan mereka  ketika ini serta majlis pertunangan yang akan berlangsung pada 13  September ini di kampung Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota  Tinggi, Johor.
“Dah lama juga saya terfikir untuk mengikat pertunangan dengan  Memey. Dalam tahun ini juga terlintas niat ke arah itu, tapi kami  tercari-cari tarikh sesuai,” Norman bersuara.
Sambungnya lagi: “Kalau hendak dikirakan sibuk, memang sampai bila pun kerja kita tak pernah habis.
“Jadi pada minggu pertama puasa baru-baru ini, saya pergi bertemu  keluarga Memey di Kota Tinggi untuk meluahkan hasrat pertunangan kami  itu dan pada minggu kedua, saya memaklumkan perkara yang sama kepada  keluarga saya di KL.
Muncul sedondon dengan busana berona fuschia pada  majlis berbuka puasa di Hotel Istana, Kuala Lumpur, petang kelmarin,  pasangan merpati sejoli itu seakan tahu pihak media mahu mendapatkan  kepastian selanjutnya mengenai majlis penting mereka pada awal Syawal  nanti.
Selepas berbuka, Norman, 34, dan Memey, 22,  terus ditarik ke satu  sudut oleh wartawan lalu bercerita mengenai status hubungan mereka  ketika ini serta majlis pertunangan yang akan berlangsung pada 13  September ini di kampung Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota  Tinggi, Johor.
“Dah lama juga saya terfikir untuk mengikat pertunangan dengan  Memey. Dalam tahun ini juga terlintas niat ke arah itu, tapi kami  tercari-cari tarikh sesuai,” Norman bersuara.
Sambungnya lagi: “Kalau hendak dikirakan sibuk, memang sampai bila pun kerja kita tak pernah habis.
“Jadi pada minggu pertama puasa baru-baru ini, saya pergi bertemu  keluarga Memey di Kota Tinggi untuk meluahkan hasrat pertunangan kami  itu dan pada minggu kedua, saya memaklumkan perkara yang sama kepada  keluarga saya di KL.
“Jadi, kami dah capai kata sepakat untuk bertunang pada 13 September  2010 sebab semua ahli keluarga dan adik beradik masih bercuti raya,”  katanya.
Norman berkata lagi, dia dan Memey hanya mahukan sebuah majlis  sederhana, tetapi terselit adat merisik, menyerahkan hantaran, menyarung  cincin dan seterusnya berbincang mengenai ketetapan perkahwinan mereka  kelak.
“Kami belum tetapkan lagi tarikh pernikahan kami, tetapi harap-harap  awal tahun depanlah.  Semuanya akan ditentukan kemudian dan kami akan  beritahu wartawan nanti,” ujar Norman.
Soalan kemudian beralih kepada Memey yang dipanggil ‘sayang’ oleh  Norman mengenai perasaannya apabila disunting menjadi calon isteri.
“Saya terlalu gembira dan bersyukur dengan keputusan Abang Norman.  Saya gembira kerana hubungan kami berterusan dengan sesuatu yang baik  dan semoga kami akan dapat disatukan nanti.
“Sebenarnya, semua perasaan ada – gembira, bersyukur, takut dan  berdebar. Saya kena mula buat persiapan dari sekarang untuk menjadi  bakal isteri kepada Abang Norman dan ia satu lagi pengalaman baru dalam  hidup saya.
“Saya akui saya masih muda, baru 22 tahun.  Berbanding remaja lain,  banyak yang perlu saya korbankan seperti membina kerjaya, berdepan  bermacam dugaan dan kalau tiada aral, akan bernikah pada usia yang muda.  Namun saya reda kerana semua ini ada hikmahnya dan membuatkan saya  lekas matang,” kata Memey.
Ditanya sama ada hubungannya semakin mesra dengan anak-anak Norman  daripada perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi,  Memey tersenyum  seraya mengangguk.
“Ya, alhamdulillah semuanya baik. Mereka manja dengan saya dan panggil saya ‘mummy’,” jawab Memey ringkas.
Meskipun kes perbicaraan khalwat mereka masih berlangsung di  mahkamah syariah, Norman berkata ia bukan halangan untuk mereka  bertunang.
Baginya, prosiding itu adalah satu prosedur undang-undang dan dia  mahupun Memey akan tetap memberikan kerjasama dan bercakap perkara yang  benar.
“Saya harap semuanya akan berakhir dengan selamat. Bagi saya, kita  harus melihat yang baik di depan dan memperbaiki kelemahan diri yang ada  di belakang.
Sebenarnya debaran ini adalah lebih kepada saya kerana ini bakal menjadi perkahwinan kedua saya.
“Apapun terjadi, saya tetap percayakan kepada institusi kekeluargaan dan mahukan keberkatan dalam hidup dengan Memey.
“Apa yang penting, hubungan kami mendapat restu keluarga dan segala  persiapan untuk pertunangan ini diatur oleh keluarga kami,” kata Norman.
Norman mahupun Memey sedar, dalam percintaan dugaan pasti ada.  Antara cabaran itu adalah gosip yang mengatakan hubungan mereka retak  baru-baru ini kerana kononnya Memey sudah ada kekasih baru.
“Itu semua tak betul. Apabila terbaca gosip mengatakan hubungan kami  retak, saya terus memberitahu Abang Norman. Bagi saya tidak ada apa-apa  yang seharusnya disorok kerana kami percaya kepada keikhlasan.
“Abang Norman banyak bagi nasihat dan dia tidak lekas melatah. Saya  memang ada ramai kawan dan mungkin orang salah tafsir,” jelas Memey.
Bercerita lebih lanjut mengenai majlis pertunangan mereka itu,  majlis doa selamat akan dilangsungkan di kediaman orang tua Norman di  Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 September ini.
Keesokannya, rombongan pihak lelaki akan berkonvoi ke Felda Tenggaroh Selatan 1 dan dijangka tiba di sana awal petang.
Seterusnya, majlis pertunangan itu akan diadakan di rumah keluarga  Memey selepas Asar dan pada sebelah malam pula, satu majlis BBQ akan  diadakan di sebuah lokasi berdekatan.
Untuk hari bahagia itu, Memey berkata dia akan mengenakan busana  ‘off-white’ rekaan Ezuwan Ismail. Pihaknya dijangka menyediakan tujuh  hantaran sebagai balasan lima daripada pihak Norman.
Dari sudut lakonan pula, walaupun mereka hangat bercinta, mereka jarang dipertemukan bersama di lokasi.
Namun untuk tayangan Aidilfitri nanti, Norman dan Memey akhirnya akan muncul bersama dalam telefilem Ghia di RTM.
Menariknya, Memey memegang watak adik ipar Norman yang  ‘memperisterikan’ Dynas. Memey akui seronok berlakon bersama Norman dan  banyak bertukar-tukar fikiran di lokasi penggambaran.
Ketika ini, Norman masih sibuk dengan penggambaran drama arahan Erma Fatima, Sabar dan Memey pula, Osman Berani sentuhan Jebat.
Meskipun kedua-dua sibuk dengan tugas masing-masing, mereka tetap  cuba meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama. Dari bahasa tubuh  mereka ketika ini, dapat dilihat kedua-duanya sangat bahagia dalam  menghitung hari.
>Profil
NAMA SEBENAR: Mohamed Nurhakim Zaidon
NAMA KOMERSIAL: Norman Hakim
TARIKH LAHIR: 8 Januari 1976
ASAL: Kuantan, Pahang
STATUS: Duda
KERJAYA: Pelakon
ANAK: Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5, dan Maria Danisha
Hakim, 2
ANTARA DRAMA: Idaman, Layar Impian, Tahta Hati, Bermula Disini, Insurgensi, Gerak Khas, Ikon, Bila Rama-Rama Terkopak Sayapnya
ANTARA FILEM: Nafas Cinta, Pasrah, Gerak Khas, Idola, Gerak Khas The  Movie, Gila-Gila Pengantin, Gerak Khas 3 dan Gila-Gila Pengantin  Popular, Kayangan, Skrip 070707, Dunia Baru The Movie
>Profil
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
NAMA KOMERSIAL: Memey Suhaiza
TARIKH LAHIR:  25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
STATUS: Bujang
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon
PENDIDIKAN: Sijil Pendidikan Malaysia (SPM)
ANTARA DRAMA: Graduan, Elit, Pasrah, Dunia baru 3, Farah Syakira, Lara Rindu Mahsuri, Roda-Roda KL dan Tragedi Oktober
E-mel: may_suhaiza@yahoo.com.my
-Harian Metro