Sumber Informasi Terkini » Hiburan

Ibnor Reza – Meneka Dalam Kesamaran Lirik
Artis : Ibnor Reza

Lagu : Meneka Dalam Kesamaran

Dari sudut hati yang terluka

Dengan niat suci yang membara

Ku curahkan semua harapan ku yang ada

Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan

Ku lepaskan apa yang ku genggam

Tiada ku inginkan keraguan mu

Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu

Membuat ku tak merasa jemu

Seringkali pertanyaan

Yang cuba aku timbulkan

Pada mu itu hanya kebosanan

Bagaikan ada kesamaran

Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku

Puas sudah meneka hati mu

Tiada ku temui

Jawapan mu yang pasti

Yang memberi ketenangan diri

Hafiz AF7 didakwa mengasari pengurus pentas, bekas kekasih Adira
Juara AF7 didakwa mengasari pengurus pentas, bekas kekasih Adira

CUTI  umum sempena Hari Wesak baru-baru ini, Zubir berada di pejabat  menyiapkan beberapa tugasan yang belum selesai. Sebelum melangkah pulang  lewat malam itu, Zubir terbaca Twitter kiriman Rody dari kumpulan  Kristal antara lain memaklumkan: “Juara AF7 tolak floor manager program  talk show jatuh tangga. Sampai kaki terkehel dan tak boleh buat kerja.  Kasihan. Gaduh disebabkan perempuan.”

Tersentak juga Zubir membaca Twitter itu. Dah terang-terang juara  Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) ialah Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz,  21. Selang beberapa minit selepas itu, Zubir menerima panggilan telefon  daripada satu sumber memberitahu, Hafiz AF7 buat hal ketika menjadi  artis jemputan program bual bicara, Salih Yaccob Show, I Follow. Namun,  sumber berkenaan tidak ada butiran lanjut.   Difahamkan, program realiti 26 episod itu adalah terbitan Global  Station Sdn Bhd yang sedang menjalani rakaman musim pertamanya di sebuah  studio di Filem Negara Malaysia (FNM), Petaling Jaya. Rakaman  membabitkan Hafiz pada petang itu adalah untuk episod terakhir musim  pertamanya. Hafiz dijemput mendendangkan lagu popularnya, Noktah Cinta.

Tidak lama selepas itu, Zubir menerima satu lagi panggilan telefon,  kali ini daripada kru produksi yang mendengar kisah benar apa yang  berlaku antara Hafiz dan pengurus pentas atau floor manager (FM) program  bual bicara berkenaan. Memang cepat maklumat atau cerita panas  dibisikkan ke telinga Zubir daripada sumber yang prihatin dengan  industri hiburan.

Jelas sumber itu, sebelum rakaman bermula, Hafiz dikatakan ingin  ke tandas dan dalam perjalanannya dia terserempak dengan FM terbabit  berusia awal 20-an, juga dikatakan seorang pengkid. Mereka berselisih  bahu berhampiran bilik menunggu VIP. Tambah sumber tadi, FM adalah  perempuan sama yang sebelum ini pernah digosip menjalin hubungan cinta  songsang dengan Naib Juara AF8, Siti Adira Suhaimi atau Adira, 20.

Zubir pernah menyiarkan gosip berkenaan, namun Adira membuat  kenyataannya kepada B*POP terbitan 13 Mac 2011 menafikan gosip itu:  “Saya masih ‘suci’! Saya juga belum pernah dinodai atau terlanjur dengan  mana-mana lelaki mahupun pengkid dimaksudkan. Tolonglah, jangan  menghina saya serendah itu. Saya masih ada harga diri dan maruah.”

Terbaru, Hafiz dan Adira dikatakan sedang hangat bercinta, namun  kedua-duanya lebih selesa melabel perhubungan itu sebagai teman rapat,  namun sekiranya ada jodoh, mereka tidak menolak untuk disatukan.

Justeru, timbul konflik antara Hafiz dan FM itu apabila perasaan  cemburu dikatakan meluap-luap. Antara dialog Hafiz kepada FM itu: Jangan  buat macam-macam dengan Adira. Yang past tu… pastlah. Lalu FM itu  menyambutnya dengan dialog ini: Eh bangsat! Jangan kacau, aku tengah  kerja!” Berasakan dirinya dimalukan di khalayak ramai, Hafiz dikatakan  menolak FM itu dengan kedua-dua tangannya tanpa mempedulikan statusnya  sebagai selebriti popular! Ramai saksi melihat insiden berkenaan dan  Zubir tak hairan kisah sensasi itu begitu cepat tersebar di dalam  Twitter.

Tambah sumber tadi, selepas ditolak, FM tadi dikatakan gagal  mengimbangi badannya lalu mengundur ke belakang, seterusnya dia terjatuh  beberapa anak tangga hingga mendatangkan kecederaan di kakinya. Selepas  kejadian itu, FM berkenaan tidak mampu meneruskan kerjanya, lalu pihak  produksi terpaksa mencari petugas baru apabila FM tadi mendapatkan  rawatan di hospital berdekatan. Difahamkan FM itu turut membuat laporan  polis atas kejadian menimpanya. Selepas kejadian memalukan itu, Hafiz  tetap meneruskan rakaman, nak tunjuk dia sebenarnya artis profesional  walaupun kru produksi bengang habis dengan kelakuan kebudak-budakan itu,  bergaduh disebabkan seorang perempuan!

Dengan bantuan beberapa sumber, Zubir berjaya menjejaki Hafiz  keesokan harinya, ketika itu dia berada di Menara Kuala Lumpur bersama  Adira untuk menjayakan sesi fotografi. Selepas menunggu beberapa jam  hingga fotografi berkenaan selesai, Zubir akhirnya berjaya duduk semeja  bersama Hafiz untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung kejadian  tempoh hari.

Pada awal perbualan, Zubir bertanyakan dulu status hubungan Hafiz  dengan Adira apabila dia memberitahu mereka sedang berkawan rapat dan  pada masa sama mendalami hati budi masing-masing. “Adira memang kawan  istimewa saya, dia special,” kata Hafiz berterus-terang. Justeru,  benarkah Hafiz menolak FM gara-gara perasan cemburu atau tak puas hati  apabila pengkid berkenaan dikatakan pernah menjalin cinta songsang  dengan Adira?

“Memang saya hadir di lokasi rakaman itu tempoh hari, tetapi kalau  diminta nak mengulas kejadian berkenaan (menolak FM), perkara itu  terlalu peribadi untuk dikongsi. Saya berhak menyimpan soal personal.  Saya tidak mengiyakan mahupun menafikan insiden berkenaan. Saya tak mahu  komen apa-apa. Saya tak akan kongsi dengan sesiapa termasuk ibu bapa.  Tolong hormati hak saya,” kata Hafiz yang turut keberatan melakonkan  semula insiden dia menolak FM terbabit.

Berkali-kali didesak membuat pengakuan sekalipun ramai saksi  melihat kejadian itu, Hafiz tetap dengan pendiriannya tidak mahu  mengulas lanjut. Zubir serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian  yang sewajarnya. Bosanlah sikap Hafiz macam ni…

ZUBIR: Pasangan artis popular bakal bercerai tak lama lagi, cuba teka siapa?

Sumber Artikel : www.bharian.com.my

Jeling Kak Pora: Kongsi cipta rekod
BERITA menarik yang Kak Pora dengar mengenai industri filem kita  sekarang ialah kutipan filem Kongsi terbitan MIG Productions mencipta  sejarah baru. Kutipannya pada hari pertama tayangan pada 12 Mei lalu  mencatatkan rekod tertinggi iaitu hampir RM1.1 juta. Tak pernah sebelum  ini mana-mana filem Melayu mendapat kutipan sebanyak itu.

Macam tak percaya saja Kak Pora mendengar berita itu. Tapi,  apabila melihat sendiri catatan kutipan menerusi skim Syarat Wajib  Tayang FINAS, memang sah kutipannya hampir sebanyak itu pada hari  pertama termasuk tayangan tengah malamnya. Syabas buat penerbitnya,  David Teo. Tahniah juga buat pengarahnya, Farid Kamil. Orang yang paling  diberi pujian tentulah Shaheizy Sam sebab berjaya menarik ramai  penonton berpusu-pusu ke pawagam untuk menonton Kongsi kerana Sam  dianggap nyawa kepada cerita filem itu. Ramai kawan Kak Pora yang sudah  tengok filem itu mengatakan, kalau bukan Sam berlakon dalam Kongsi sudah  tentu cerita Konghsi jadfi tidak best. Watak dibawa Sam memang nampak  brutal tetapi sebenarnya samseng manja dan kelakar.   Seorang kawan Kak Pora yang menjadi pengarah drama mengakui, dia  juga macam tak percaya apabila ada filem Melayu boleh dapat kutipan  sampai lebih RM1 juta. Apabila terbukti macam ini, katanya, ia adalah  satu sejarah baru dan perkembangan menarik yang boleh diberi perhatian  dan boleh dibuat kajian. Buktinya, filem tempatan kalau kena pada cerita  dan konsepnya, sesuai dengan selera orang ramai dan bijak pula strategi  pemasaran dan promosinya, sebab itu tidak hairan filem kita boleh  mengalahkan filem Hollywood di pasaran negara ini.

Kak Pora pun tumpang bangga sebab biarpun filem Melayu sekarang  masuk pawagam mengikut giliran seminggu satu judul baru, tetapi kalau  filem ada daya tarikannya, orang ramai akan tetap pergi ke pawagam.  Sebab itu, jangan salahkan FINAS apabila buat giliran seminggu satu  filem memasuki pawagam. Kongsi sudah membuktikan. Kak POra dapat tahu,  sehingga enam hari tayangannya iaitu setakat Selasa lalu saja, ia sudah  mencecah kutipan RM6.3 juta dan untuk seminggu tayangannya, ia sudah  mencapai kutipan sekitar RM7 juta.

Apabila Kak Pora hubungi David Teo malam Khamis lalu, dia  mengakui apabila filem berikutnya masuk pawagam, iaitu Nur Kasih The  Movie, kutipan purata harian Kongsi menurun sedikit dan anggaran  sehingga hari ini beritahunya, kutipan Kongsi sekitar RM7.6 juta.

Kak Pora nak tengok juga sejauh mana sasaran David apabila  meletakkan Kongsi dengan kutipan RM10 juta sehingga berakhir tayangannya  di pawagam kelak. Tak mustahil ia akan mencapai jumlah itu jika diambil  kira kuitipan di Brunei dan Singapura. Lagipun, Kongsi ditayangkan  menerusi 100 pawagam iaitu jumlah pawagam terbanyak yang menayangkan  filem tempatan. Sebelum ini tidak ada filem tempatan yang ditayangkan  dengan begitu banyak jumlah pawagam. David berani membuat 100 salinan  filem dengan harapan sasaran RM10 juta boleh dicapai.

Kak Pora yakin, kejayaan Kongsi memberi semangat baru kepada  produser lain serta mereka yang bergiat aktif dalam penerbitan filem.  Kak Pora juga lebih yakin, akan ada lagi filem lain nanti yang juga akan  mampu memecah rekod kutipan hari pertama Kongsi.

KAK PORA: Tak sabar nak tengok filem KL Gangster, khabarnya lebih ‘ganas’ aksinya…

Sumber Artikel : www.bharian.com.my

Kutipan Nur Kasih The Movie RM500,000 Pada Hari Pertama Tayangan
Aku baru sahaja terbaca update terkini daripada Facebook Nur Kasih The Movie (NKTM) tentang kutipan filem ini yang baru sahaja dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut Facebook NKTM, setakat semalam, jumlah kutipan NKTM telah pun mencecah RM500,000 pada hari pertama tayangan filem ini.

Nampaknya masih tidak dapat menandingi kutipan Kongsi yang mendapat RM1 juta lebih dalam masa 1 hari tayangan.

Walaubagaimana pun, ucapan tahniah kepada produksi NKTM kerana telah berjaya menghasilkan filem begitu luar biasa hebatnya.

Sumber Artikel : www.ezy4u.org

Jejai tundukkan Fasha dengan jam mewah
KHABARNYA cinta Fasha dan Jejai bertaut kembali.

KALAU betul khabar yang dibawa hembusan angin ini, Diva turut rasa  gembira. Diva diberitahu bahawa aktres popular Fasha Sandha sudah  kembali bertaut kasih dengan bekas suami pelakon Nora Danish itu.  Dengarnya mereka sedang memperbaiki hubungan yang terputus seketika  dahulu.

Untuk menunjukkan simbol meminta maaf dan mahu berbaik semula, Jejai  menghadiahkan seutas jam mewah mahal sehingga aktres itu nampaknya  mengalah. Mungkin jenama itu kegemaran Fasha.

Agak lama juga Fasha mendiamkan diri, mungkin sibuk berlakon kerana  khabarnya sejak dilanda kontroversi tidak lama dahulu, tawaran berlakon  datang mencurah-curah.

Dalam masa yang sama, dia juga perlu mengendalikan salun yang semakin  ramai pelanggan. Diva rasa tak salah untuk mereka bertaut semula kalau  hati dah betul-betul suka.

Diva: Kagum dengan penyampai radio popular, Linda Onn yang memulakan  Jelajah Satu Malaysia dengan 200 geng motosikal berkuasa tinggi yang  bermula di Melaka semalam (14 Mei) hingga 22 Mei ini. Konvoi itu sempena  kempen banteras pembuangan bayi.

Sumber : Kosmo

Kualiti Kongsi tidak sehebat kutipan
DALAM sibuk cakap-cakap tentang ‘kesinambungan’ cinta Farid Kamil dan  kekasihnya Diana Danielle, jejaka kelahiran Kedah Darul Aman ini muncul  dengan sebuah cerita yang lebih ‘hangat meletup.’

Seperti menutup sebuah kisah yang belum ada kesudahan, Kongsi memberi  satu bunga bahagia buat jiwa dan semangat Farid Kamil. Kutipan RM1 juta  dalam masa sehari tayangan, sutradara mana yang tidak akan tersenyum  bangga dan ‘kaya’ menerima berita paling mahal ini.

Berbaloilah Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo melaburkan wang  RM2.5 juta hanya untuk menampung kos penerbitan filem kedua arahan Farid  Kamil ini. Banyaklah pula nanti perumpamaan nakal dan lucu bakal keluar  daripada bibirnya nanti.

Mencipta sejarah tersendiri dan baru, Kongsi yang dilakonkan oleh  Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Bront Palarae dan Putri Mardiana  tidak kedengaran mustahil untuk mencapai sasaran RM10 juta kutipan  seperti yang diramalkan oleh David. Tahniah buat produksi Kongsi juga  sejarah filem tempatan.

Sensasi Bintang: Bagaimana perasaan Farid apabila Kongsi meraih RM1  juta dalam masa sehari sekali gus memecah rekod sejarah tayangan filem.

FARID KAMIL: Sebenarnya saya rasa sangat terkejut dengan pecapaian  kutipan filem Kongsi. Dalam masa yang sama saya sangat bersyukur,  semakin hari semakin ramai penonton menonton wayang di pawagam. Secara  tidak langsung filem Kongsi memberi sumbangan kepada sejarah tayangan  filem tempatan apabila mencatat RM1 juta pada hari pertama tayangan.  Alhamdulillah.

Jangkaan awal Farid terhadap filem ini?

Sejak proses praproduksi lagi, saya dan David Teoh selaku penerbit  filem ini sudah berbincang untuk membuat sebuah filem yang mampu menarik  penonton ke pawagam. Malah kami turut meletakkan target untuk  memberikan kawalan mutu terhadap filem Kongsi supaya melebihi tahap  filem-filem aksi Metrowealth yang lain.

Mungkin 100 salinan untuk Kongsi di pawagam turut membantu rekod dan kutipan untuk filem ini?

Sebenarnya tambahan sebanyak 20 salinan adalah permintaan daripada  pegurus panggung sendiri. Ini secara tidak langsung memberi impak  positif terhadap kutipan filem ini.

Awalnya setelah ditayangkan, filem ini menerima kritikan.

Saya akui memang filem arahan kedua saya ini mempunyai cacat cela  daripada sudut teknikal dan naratif. Tetapi apa yang boleh saya katakan  bahawa itulah yang mampu saya lakukan tetapi hakikatnya ia lebih baik  daripada filem pertama saya dahulu iaitu V3: Samseng Jalanan. Saya  menerima kritikan demi kritikan dengan hati yang terbuka dan akan  memperbaiki pada masa akan datang.

Lakunya filem ini mungkin juga kerana penjualan Sam selaku tunjang utamanya.

Sam dalam Kongsi adalah satu bonus dan pakej kepada filem ini dan  kesan pengarahan saya. Sam mempunyai pakej pelakon yang lengkap.  Persediaannya sangat teliti untuk membawakan watak Tumulak. Saya sangat  bertuah dapat bekerjasama dengannya dan mendapat dia dalam produksi ini.

Apa kelemahan dan kekuatan pengarahan kali kedua, Farid?

Saya beri 99 peratus tumpuan kepada pengarahan saya dan satu peratus  kepada cameo saya dalam filem ini. Itu yang boleh saya katakan terhadap  kekuatan pengarahan kali ini. Penfokusan adalah di luar bidang dan  pemerhatian saya. Kebanyakan masa, kamera bergerak untuk turutan aksi.  Monitor terlalu kecil untuk saya melihat dengan lebih teliti. Tapi saya  teruskan dan saya akui saya terlepas pandang dalam hal ini.

Perancangan Farid untuk Kongsi atau filem-filem lain?

Filem Kongsi secara naratifnya saya letakkan ‘cliff-hanger’  (tergantung) pada penghujung ceritanya. Ada yang tersirat dan tersurat  di situ. Saya perlu berbincang dengan pihak Metrowealth untuk  sambungannya. Tetapi secara peribadi, saya mahu melihat respons penonton  dahulu dan baru fikirkan untuk sambungan atau tidak. Saya kini terlibat  dengan penggambaran drama Wasiat. Kemungkinan besar selepas raya, saya  akan turun padang semula untuk tugasan pengarahan untuk sebuah filem  yang masih dalam perbincangan.

Mungkin Diana Danille di sebalik semua cerita hebat ini?

Saya tidak mahu komen apa-apa. Tapi saya mengharapkan doa daripada para peminat atas kebahagiaan saya.

Sumber : Kosmo

Cats FM makin garang!
DARI segi sejarah penubuhannya sejak 15 tahun lalu, Cats FM antara stesen radio swasta terawal beroperasi di Kuching, Sarawak.

Dengan pejabat satu tingkat serta mula bersiaran pada 8 Ogos 1996, stesen berkenaan kini sudah boleh berbangga apabila berdiri di atas kaki sendiri mengendalikan operasi di bangunan sendiri di Jalan Bako.

Mungkin tidak ramai tahu, stesen ini pernah melahirkan bakat ratu R&B, Dayang Nurfaizah, yang dicungkil melalui pencarian bakat Cats Fm, sehingga bergelar artis terkenal tanah air.

Menggunakan tiga bahasa sebagai perantara komunikasi iaitu bahasa Malaysia, bahasa Iban dan bahasa Inggeris, stesen berkenaan kini antara paling aktif dengan pelbagai program hiburan terkini.

Pengurus Besar Cats FM, Mohd Iskandar Mohd Nawawi berkata, matlamat penyiaran stesen adalah memberi hiburan terbaik kepada penduduk Bumi Kenyalang.

“Stesen ini memberi hiburan terbaru kepada penduduk berasaskan keunikan dan elemen seni dan warisan terbaik mereka.

“Kandungan dimiliki diperkemaskan untuk disesuaikan dengan karakter tempatan.

“Sudah tentu kami memberi penekanan kombinasi bahan tempatan dan perkembangan semasa yang disampaikan 15 penyampai tempatan 24 jam sehari.

“Selain itu, Cats FM cuba memberikan kombinasi terbaik memartabatkan lagu etnik dan lagu popular tempatan. Tidak ketinggalan menyajikan penduduk lagu kontemporari terbaru dari luar yang sesuai dengan perkembangan semasa dan menepati cita rasa pelbagai kalangan pendengar,” katanya dalam satu temu ramah di Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekalipun baru tiga tahun memikul tugas sekarang di Cats FM, Iskandar, 43, merasakan masih banyak boleh diketengahkan, dipertingkatkan dan diperkenalkan dengan memanfaatkan apa yang terdapat di Sarawak.

“Sudah tentu stesen radio tidak boleh statik kerana banyak boleh dilakukan. Radio antara perantara terbaik menarik minat pelbagai pihak dan bertindak sebagai satu elemen penyatuan yang sangat bagus.

“Ia juga dapat merapatkan jurang dalam memberi kefahaman di kawasan yang jauh di pedalaman.

“Bagi kami, sudah tentu perkembangan baru sesuatu kami cari setiap hari kerana pendengar suka mendengar benda baru dan jika boleh membabit?kan penyertaan mereka.

“Buat masa ini, kami mengadakan program Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) bagi mengiktiraf penggiat industri muzik Iban setiap tahun. Tahun ini, AJARR11 akan diadakan pada 21 Mei.

“Bukan itu saja, kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih baik membabitkan serba-serbi demi kebaikan bersama persatuan Commercial Radio Malaysia (CRM) mencari pendekatan dan idea baru meningkatkan populariti stesen radio ini. Buat masa ini, kami belum merancang bersiaran ke luar kerana masih banyak perlu dilakukan di Sarawak,” katanya.

Dengan keluasan Sarawak 124,450 kilometer persegi, siaran stesen Ceriakan Aspirasi Terkini Sarawak atau (Cats) kini menembusi Sri Aman serta Betong malah hingga ke Labuan, Kalimantan Barat dan Brunei.

Ditanya mengenai peranca?ngan masa depan stesen itu, Iskandar berkata: “Kami berhasrat mewujudkan pencarian bakat melalui program Cats Records untuk mengenal pasti bakat terbaik, baik penyanyi dan pemuzik.

“Ini antara program besar akan dilakukan sebagai menonjolkan bakat baru seni ke tahap lebih tinggi, jika boleh popular seperti Dayang dan Hafiz AF7.

“Pada masa sama, kami mahu memperkenalkan instrumen dan latar menarik pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak kerana masih banyak irama belum diterokai,” katanya.

Antara program menarik mendapat sambutan pendengar adalah Pantun Tradisional Sarawak (Bermukun) yang baru diumumkan pada Februari 2011.

Ia bersiaran semula selepas dua tahun terhenti pada setiap Jumaat dengan dikendalikan penyampai Cassie dan Wan.

Sumber : Harian Metro

Zizan Nin Terkejut Dituduh Beraksi Lucah
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Zizan Nin

KUALA LUMPUR: Pelakon Zizan Nin terkejut apabila dikatakan  sebagai individu yang terlibat melakukan adegan lucah dengan seorang  lelaki sehingga tersebar di Internet.

Kata Zizan, dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan video tersebut  dan menganggap perkara itu sengaja ingin diperbesar-besarkan oleh pihak  yang tidak berpuas hati dengannya.

“Tak mungkin saya melakukan perkara seperti itu. Dengan kecanggihan  teknologi  masa kini, macam-macam perkara boleh dilakukan jika ada pihak  ingin memburukkan seseorang.

“Mungkin, saya di antara mangsa teknologi tersebut. Bagaimanapun,  saya sendiri belum melihat video yang diperkatakan itu,” katanya.

Tambah Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya video yang diperkatakan itu masih lagi disebarkan.

“Jika mereka masih lagi membuat kejahatan hanya kerana mahu  memburuk-burukkan nama saya, sudah pasti mereka tidak boleh lari  daripada menerima balasan.

Baru-baru ini wujud khabar angin yang mengatakan kononnya video lucah  membabitkan Zizan dengan seorang lelaki tersebar di beberapa blog  sehingga kerana video tersebut, rumah tangga pelakon tersebut dikatakan  bergolak.

Bagaimanapun, Zizan berkata, kehidupannya bersama isteri yang  merupakan penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun, masih lagi  bahagia.

Ditanya pula mengenai perancangan Zizan untuk memiliki seorang anak  sebagai pelengkap keluarga, pelakon ini tidak merancang ke arah itu.

“Walaupun sudah setahun kami berumah tangga (sejak 19 Mac 2010), saya  dan isteri tidak pernah membuat perancangan untuk memperoleh anak.  Sebaliknya kami hanya berserah kepada Tuhan. Jika ada rezeki,  Alhamdulillah,” tuturnya.

Sumber Artikel : mstar

Hobi Artis Rock Pecah Rumah!!!
Yeah yeah… Sekarang nie gempar pula  dengan salah seorang Artis Lelaki Rock Malaysia (bukan semua) menjadikan  hobi baru iaitu pecah rumah. Gempar di dalam Berita Buletin TV3 tadi…  (18/05/11) Artis nie pernah merakamkan lagu di salah sebuah syarikat  rakaman selama 4 tahun. Artis nie baru berusia 29 tahun dan banyak  memenangi pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Mangsa memberitahu beliau telah  kehilangan sebuah laptop dan sejumlah wang apabila tidur di rumah  saudara artis tersebut. Kalau dah tumpang tidur tu, kenapa pula kes nie  diklasifikasi sebagai pecah rumah? Mungkin artis nie curi-curi masuk  rumah saudara dia nie kot.

Dari sumber yang tak berapa boleh nak dipercayai, dah  boleh agak dah siapa artis tu, tapi tak berapa pasti kesahihan, jadi  tunggu jer lah Melodi pada hari Ahad nie atau dalam masa 2 hingga 3 hari  nie mesti boleh tahu siapa sebenarnya artis nie. Yang hairannya, kenapa  kalau artis ada buat kesalahan jenayah macam nie, mesti pihak media  tidak terus mendedahkan identiti artis nie? Sedangkan Menteri atau orang biasa mesti boleh dapat maklumat yang tepat oleh pihak media nie. Apa-apa pun, tunggu jer lah…

Sumber Artikel

Artis ditahan – Bantu siasatan kes pecah Rumah
Lagi Kisah hebat artis atau lebih tepat pernah menjadi artis rakaman di ibu kota….

Berita yang aku dengar di Bulitin Utama ni berkaitan dengan kisah seorang artis yang telah ditahan oleh angota Polis untuk membantu siasatan berkaitan satu kejadian Pecah rumah di Terengganu…

Kejadian adalah rentetan daripada laporanyang dibuat pada Polis tentang kehilangan Komputer Riba oleh seorang remaja perempuan yang bermalam di rumah saudara artis berkenaan, Daripada pemeriksaan pihak polis juga menemui peralatan untuk menghisap dadah jenis Kuda di kediaman artis berkenaan….

Anak Sapo la ni ek…. tunggu je maklumat seterusnya…..

Sumber Artikel