Digg StumbleUpon LinkedIn YouTube Flickr Facebook Twitter RSS Reset

Anwar vs Chandra : Kes Anwar saman Chandra 16 Mac 2010

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Mac depan, bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Profesor Dr Chandra Muzaffar.

Tarikh itu ditetapkan apabila kes itu dikemukakan untuk sebutan di hadapan timbalan pendaftar Norazlin Othman di kamar, semalam.

Anwar menyaman Dr Chandra berikutan dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac tahun lalu dan kemudiannya disiarkan akhbar.

Pada 7 Ogos lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra untuk membekalkan butiran dan maklumat lanjut mengenai 64 soalan kepada pemimpin PKR itu.

Dalam satu pernyataan pembelaan, Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar yang kemudiannya disiarkan dalam dua akhbar harian berbahasa Inggeris, 5 Mac tahun lalu.

Alternatifnya, beliau mendakwa jika perkataan yang digunakannya itu fitnah, yang dinafikan beliau, perkataan itu disiarkan pada satu keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat.

- Bernama

No comments yet.

Leave a Comment