Digg StumbleUpon LinkedIn YouTube Flickr Facebook Twitter RSS Reset

Anwar Ibrahim patut disiasat secara menyeluruh

Anwar Ibrahim patut disiasat oleh satu Suruhanjaya khas kerana banyak perkara-perkara yang dilakukannya sudah pun didedahkan oleh orang yang pernah rapat dengannya yang menjuruskan Anwar kepada rasuah.

Terkini ialah pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang mendakwa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit sewaktu memegang jawatan Menteri Kewangan dulu.

Datuk Abdul Murad Khalid pernah mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu dan kini Abdul Murad menyatakan beliau telah diperalatkan oleh Anwar.

Dalam akuannya,  beberapa nama individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana tersebut dinyatakan oleh Abdul Murad.

Sudah tentu mereka yang terseret sama di dalam akuan yang dibuat Abdul Murad akan menafikannya kerana di dalam dunia ini tidak ada sesiapapun yang melakukan jenayah akan mengaku perbuatan mereka itu walaupun bukti sudah menjelaskan semuanya.

Abdul Murad membuat pengakuan bahawa dia telah diarahkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah individu tertentu menggunakan dana tersebut.

BPR pula janganlah menunggu terlalu lama sebelum membuat penyiasatan kerana kedudukan Abdul Murad satu masa dulu di Bank Negara Malaysia adalah penting dan dakwaannya pula begitu serius sekali.

Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula itulah peribahasa yang sesuai sekali untuk menerangkan keadaan Anwar Ibrahim kini.

Masalah bertimpa-timpa tetapi bukan salah orang lain pun,  salah Anwar Ibrahim sendiri juga.

Sedangkan perbicaraan kes liwat terbarunya pun asyik dilengah-lengahkannya.

Berani kerana benar,  takut kerana salah.

Sumber : Isuhot.com

No comments yet.

Leave a Comment